Jobdirumah

Panduan Bila Tayar Kereta Terkena Paku Atau Pancit

Thursday, 8 October 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Panduan Bila Tayar Kereta Terkena Paku Atau Pancit. Kata orang malang tidak berbau. Kadang-kadang tengah sedap elok memandu ambil-sambil maka kacang tiba-tiba tayar kereta pancit. Jika perkara ini berlaku, saya nasihatkan anda jangan penik atau menggelabah. Tenangkan fikiran anda.

Dapatkan Panduan Penjagaan Kereta anda. Lebih mudah menjaga kereta peribadi anda tanpa mudah ditipu lagi.

Panduan Bila Tayar Kereta Terkena Paku Atau Pancit
Perkara seperti ini mungkin terjadi bila tayar anda dah uzur atau terkena benda tajam seperti paku, jarum, besi tajam atau besi tayar lori yang dah pecah berteraburan di jalanan. Harus diingat juga apabila tayar anda pancit, ianya juga mungkin disebabkan perbuatan khianat. Ini semua kemungkinan sahaja. Tetapi ianya tidak mustahil. Jadi berjaga-jaga jika tayar kereta anda tiba-tiba pancit.

Buat Duit Tanpa Memandu Uber
Berikut adalah panduan atau tips yang boleh anda ambil perhatian jika tayar kereta anda terkena paku atau pancit secara tiba-tiba :-

1. Jika anda merasa keadaan kenderaan anda berbeza akibat tayar kurang angin dan pancit, (kebiasannya  kenderan anda berasa berat sebelah) jangan terus berhenti. Perlahankan kenderaan anda secara perlahan-lahan sambil bergerak ke arah sedikit menepi. Perhatikan cermin sisi kanan, kiri dan belakang. Amati jika ada orang yang mengekorinya atau cuba memberitahu bahawa tayar anda bermasalah.

2. Cari tempat-tempat yang umum dan ramai orang dan sekiranya mereka boleh membantu anda jika berlaku rompakan. Contohnya: Balai Polis, Restoran, Cafe, Mall, dan tempat yang ramai orang. Setelah sampai di lokasi ramai, jangan terus turun dari kereta. Amati dulu keadaan sekitar sekitar 2-3 minit. Setelah itu perhatikan barang-barang berharga anda seperti HP, dompet, wang, laptop dan sebagainya letakkan di tempat yang selamat dan sentiasa diawasi.

3. Jika dirasakan keadaan sekitar adalah selamat, turun dan lihat apa yang salah pada keadaan tayar. Jangan memeriksa tayar hanya dengan melihat dari jarak jauh saja. Dikhuatiri apabila anda membongkok dan mengamati tayar, perompak atau penyamun terus menghampiri anda.

4. Hubungi kedai tayar / perkhidmatan servis tampal tayar untuk membantu menampal tayar. Jangan menampal tayar jika tak ada orang yang membantu anda. Sekiranya anda memanggil pekerja kedai tayar datang, tunggu saja di dalam kereta sambil mengawasi keadaan sekitar anda.

5. Kalau tak membolehkan untuk memanggil pekerja kedai tayar, cuba hubungi teman yang rapat yang mana boleh membantu anda. Jika dirasa tak ada yang membantu, kereta / motor boleh diletakan di lokasi yang sesuai dan agak selamat.

[+Baca Juga] Panduan Penjagaan Kenderaan Anda

Selain daripada perkara diatas jika tayar pancit atau terkena paku, ada tindakan pencegahan yang boleh dilakukan semasa memandu.

Pertama, simpan nombor-nombor penting seperti Polis, tukang servis / kedai tayar, kawan-kawan, saudara dan ambulance. Setelah disimpan, buat panggilan cepat agar apabila diperlukan anda boleh terus menekan butang kecemasan.

Kedua, siapkan peralatan yang diperlukan. Seperti spanar, jet kereta dan pastikan tayar gantian anda didalam keadaan yang sempurna iaitu tidak pancit.

Ketiga, sentiasa membuat pemeriksaan keadaan tayar dan angin yang disyorkan pada kereta anda. Jika tayar bermasalah, lebih baik ianya terus diganti dengan tayar baru. Yang amat penting adalah jangan panik dan terus berhenti di tengah jalan. Ingat, keselamatan anda adalah yang utama.


Semoga perkongsian Panduan Bila Tayar Kereta Terkena Paku Atau Pancit ini berguna untuk semua pemandu baru dan lama. Kongsikan maklumat ini di media sosial anda juga, bagi membantu kawan-kawan lain sebagai ingatan bersama.

Share

14 comments:

  1. Kakak pernah terkena pancit kat jalan sibuk, nak berhenti tepi sikit punya payah. Dgn org siap bagi hon inform lagi tapi sebab banyak sgt kereta hampir 10 minit pelan-pelan baru dpt ke tepi jln.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bahaya jika pancit tempat jalan sesak. Alhamdulillah ok.

      Delete
  2. Anak bunda pernah mengalami tangki air bocor/tumpah....masa tu dalam perjalanan pulang , agak jauh lagi...anak bunda sedar aircon kejap ada kejap takder... tiba2 berkelip2 lampu ke apa ntah kat depan stereng tu..sempat dia sambil kol kawan dia dan diarah berhenti ketepi...nasib jalan tak busy dan ditengah bandar...dan berhenti ditempat parking depan restoren besar...

    Rupanya tangki air bocor, kering. Jenuhlah camtu nak benti selalu nak tuang2 air sepanjang jalan..... Nasib baik sedar awal dan nampak lampu berkelip2...kalu tak mahu meletop kereta sebab air kering...masa tu pukul 2pm...panas terik pulak... last2 terpaksa panggil kereta tunda...tarik kereta anak bunda pergi bengkel...

    Dua hari sebelum tu kereta anak bunda tu baru hantar bengkel sebab masaalah aircon tak sejuk, .mekanik dah bgtau tangki bocor...kena tampal...anak bunda tak kisah , buat lah apa yang patut.

    Rupa2nya semasa hari kejadian...kereta ditarik kebengkel yang sama barulah tahu yang mekanik tak tampal bocor tu...katanya nampak macam okay pulak...so dia tak jadi tampal. Susah kalu ramai mekanik macam ni, .akan menyusahkan ramai pelanggan...

    Nasib baik kawan anak bunda suruh hantar ke bengkel yang sama dan komplen sebab masaalah tangki bocor tu, jadi tak lah kena bayar apa2... cuma bayar untuk kereta tunda ajer...

    Ini pengalaman cemas bunda dan anak yang tak dapat dilupakan....kalu tak dah arwah dah kitorang agaknya kalu kereta terbakar...

    Tolonglah update kan masaalah TANGKI KERETA BOCOR ni untuk panduan kita bersama... Salam dari Bunda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah. Nanti ada masa saya akan kongsikan. Terima kasih atas cadangan Bunda.

      Delete
  3. oooh tips yg bagus. eloknya kalo perempuan drive sengsorang ikot highway je, jangan la cuba jalan2 lama yg akhirnya akan membawa ke jalan2 sunyi.
    kalo boleh dielakkan la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau perempuan memandu seorang diri. Bagus guna jalan yang ramai orang guna. Jagan guna jalan yang sunyi. Bahaya jika berlaku kecemasan.

      Delete
  4. Terima kasih atas panduannya ....mmg bagus ni terutama untuk pemandu pompuan mcm saya.... panik sesaja hihi....
    Pernah jugak pancit tgh jalan. Masyaallah bergegar kereta, takut sangat. Nasiblah hubby ada kat belakang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tak ada apa-apa akak. Memang kena berhati-hati dan sentiasa periksa tayar jika nak berjalan jauh mahupun dekat.

      Delete
  5. sy penah kena. ms tu kat jalan duta. dah hampur tgh mlm. terpaksa cari stesen myk smpi brickfields... syukur ms tu bertiga. kalu sorang2 mmg seram dahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada teman. Jika sorang-sorang takut juga bila tayar pancit waktu malam.

      Delete
  6. mmm... dah lama tak bukak sendiri tayar kereta... Nak bukak skru tayar tu ikut lawan jam ke atau ikut pusingan jam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena study balik nak buka tayar kereta macam ni.

      Delete
  7. Kete sy baru ni kena ganti cooling koil ekon. Melayang rm1670. Tahun ni je dh hbs beribu kat suzuki tu. dari awal tahun lg buat perangai kat ekon. Ada panduan x nak jaga ekon kereta supaya x cepat rosak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak juga tu. Insyallah nanti ada masa saya buat. Boleh dapatkan panduan penjagaan kereta di atas ibu lala. Semoga ianya boleh membantu IL menjaga kereta suzuki kesayangan tersebut.

      Delete

Jaga Tata Susila Komen Anda
Jangan Letak LINK URL dalam komen!!
Gunakan Comment As 'Name/URL' untuk memudahkan kunjungan balas.Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2015 OhPanduan
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah