Jobdirumah

Panduan Sebelum Memulakan Perjalanan Ke Destinasi Jauh

Thursday, 27 August 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Panduan Sebelum Memulakan Perjalanan Ke Destinasi Jauh. Minggu ini mesti ramai yang berhajat nak jalan jauh. Sebabnya ada cuti sambung dengan perayaan hari kemerdekaan negara kan? Jadi cuti kali ini tiga hari berturut-turut. Pasti akan ada yang berkira-kira nak balik kampung atau nak pergi bercuti ke mana-mana destinasi yang dirasakan dapat merehatkan fikiran.
Dapatkan Panduan Penjagaan Kereta anda. Lebih mudah menjaga kereta peribadi anda tanpa mudah ditipu lagi.

Panduan Sebelum Memulakan Perjalanan Ke Destinasi Jauh
Panduan Sebelum Memulakan Perjalanan Ke Destinasi Jauh
Sebelum anda berhajat nak ke tempat-tempat yang agak jauh daripada biasa. Suka disini saya nak kongsikan panduan sebelum memulakan perjalanan ke destinasi jauh. Tak kiralah balik kampung atau nak pergi berjalan-jalan makan angin. Persedian ini perlu dilakukan bagi mengelakkan kemungkinan yang tidak diingini semasa di atas jalan raya kelak.

Bila keadaan kenderaan anda berada dalam keadaan baik, insyallah perjalanan anda akan selamat pergi dan balik semula ke rumah. Pemeriksaan ini perlu tidak kira anda ingin bergerak ke destinasi jauh mahupun dekat. Terutamanya sekiranya anda pulang untuk sesuatu perayaan dan sebagainya.

Panduan sebelum memulakan perjalanan ke destinasi jauh, anda perlu melihat senarai semak dibawah demi menjaga keselamatan diri sendiri, pengguna jalan raya lain dan orang yang tersayang. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan perjalanan:-

1. Tayar
Tayar dan brek yang baik sangat penting untuk kenderaan anda. Tayar berfungsi melekap pada permukaan jalan dan memastikan kenderaan anda sentiasa berada di dalam kawalan yang selamat. Jadi, sebelum memulakan perjalanan, pastikan tayar kenderaan anda masih berbunga dan dalam keadaan baik. Jangan lupa lihat keadaan dan isi tekanan angin yang betul. Tayar ganti anda perlu selalu diperiksa dan diselenggara serta bunga tayar dan tekanan berada pada tahap terbaik.

2. Air Radiator
Air Radiator perlu mencukupi demi mengelakkan kenderaan anda overheat dan mengakibatkan anda tersangkut di tepi jalan. Perlu pastikan air radiator kenderaan anda berisi menepati takat yang dibenarkan sebelum memulakan perjalanan. Jangan dah berasap nanti baru nak menggelabah. Jika berlaku tenangkan diri anda terlebih dahulu.

3. Minyak enjin
Sekiranya kenderaan anda tidak diservis selama tiga bulan atau sudah mencukupi jarak perjalanan yang ditetapkan, disarankan anda menukar minyak enjin tersebut sebelum memulakan perjalanan. Minyak enjin yang masih baik penting untuk kenderaan anda bergerak lancar di atas jalan raya.

4. Minyak-bahan api
Pastikan minyak bahan api kenderaan kenderaan anda mencukupi sebelum memulakan perjalanan. Jika rasa minyak dah nak habis, isilah awal-awal bagi mengelakkan kenderaana anda mati ditepi jalan akibat menjangkakan minyak masih banyak dan akan sampai ke stesen minyak yang seterusnya. Kadang-kadang kita tidak dapat menjangka, berkemungkinan jalan jem/sesak dihadapan dan akibatnya kenderaan kita tak sampai ke perhentian seterusnya akibat kehabisan minyak.

[+] Panduan Penjagaan Kenderaan Anda

5. Diri sendiri
Ini adalah perkara yang paling penting apabila ingin memandu kenderaan.Pastikan diri anda mendapat rehat dengan secukupnya dan bersiap sedia untuk memulakan perjalanan.

6. Doa dan bertawakal
Bagi pemandu dan penumpang muslim, bacalah doa naik kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Insyallah perjalanan anda akan selamat dan diberkati Allah SWT.


Semoga perkongsian panduan sebelum memulakan perjalanan ke destinasi jauh ini memberi manfaat kepada kita semua. Berhati-hati dijalan raya.
Share

4 comments:

  1. Semua list tu biasa abang yg buat dik. Kakak ni sediakan keperluan harian macam pakaian, kudapan dan sebagainya. Anak-anak pun ada tugas buat sendiri. Org dah berkeluarga begitulah kena kerjasama..

    ReplyDelete
  2. Bgus tip2 semua ni...org kita ni kna kasi peringatan sllu..
    tpi knor duk rmh, anak2 blik..msk le jwapnya..

    ReplyDelete
  3. selalunya kalau nak jalan jauh cik bang je la yang ambik kesah hal ni..saya tak tau apa2 pasal kereta.tau masuk,duduk dan pakai tali pinggang.ekekek

    ReplyDelete
  4. Nice sharing... at least sebagai peringatan pada mereka yang akan memandu jauh

    ReplyDelete

Jaga Tata Susila Komen Anda
Jangan Letak LINK URL dalam komen!!
Gunakan Comment As 'Name/URL' untuk memudahkan kunjungan balas.Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2015 OhPanduan
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah