Cara Selamat Menghadapi Jerebu. Ujian Allah SWT kepada rakyat Malaysia sekali lagi. Jerebu datang lagi, seperti yang biasa kita dengar, masalah ini terjadi katanya akibat daripada pembakaran terbuka di negara lain dan ianya memberi kesan kepada negara kita juga, Betul kah begini. Pada saya semua ini berlaku dengan kehendak Allah SWT. Jika Allah nak bagi jerebu, tanpa pembakaran pun benda ini boleh berlaku. Betul tak?
Cara Selamat Menghadapi Jerebu |
Oklah, saya nak kongsikan cara selamat menghadapi jerebu dengan anda semua. Semoga perkongsian panduan ini boleh menjaga diri, keluarga dan kawan-kawan kita dari terdedah dengan bahaya jerebu ini. Bagi melihat keadaan jerebu di negara kita. Anda boleh melihat Index Pencemaran Udara(IPU) disini.
Keadaan jerebu ini boleh menggangu perjalanan kehidupan kita juga. Kita semua dinasihatkan mengambil langkah pencegahan dan keselamatan semasa jerebu berlaku. Antara langkah bagi menghadapi jerebu adalah seperti berikut:
Penjagaan Kesihatan semasa Jerebu:
1.Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah. Bagusnya selalu berada di dalam rumah jika tidak melakukan aktiviti di luar rumah.
2.Cuba sentiasa berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, anda di nasihatkan menutup hidung menggunakan penutup mulut (mask).
3.Pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih. Kurangkan pencemaran asap rokok. Jangan tambahkan jerebu di tempat tinggal anda dengan aktiviti merokok atau pembakaran secara terbuka, berhentilah merokok itu adalah langkah yang bijak.
4.Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. Kurangkan guna angin daripada luar.
5.Banyak minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Lagi banyak, lagi bagus.
6.Basuh tangan dan muka dengan air bersih selepas melakukan aktiviti luar.
Panduan Kepada Pemandu Kenderaan Semasa Jerebu
1.Menyalakan lampu kecil kenderaan apabila tahap penglihatan berada di bawah paras normal.
2.Tidak menyalakan lampu tinggi kerana kabut akan membalikkan cahaya tersebut dan mengurangkan tahap penglihatan termasuk terhadap pemandu lain.
3.Mengurangkan kelajuan agar sempat memberhentikan kenderaan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
4.Mengekalkan jarak pemanduan yang selamat sebagai langkah berhati-hati terhadap sebarang kejadian dan tindak balas akibat suasana jerebu.
5.Tidak berhenti atau meletak kenderaan di pinggir jalan kerana penglihatan yang kurang jelas boleh menyebabkan kemalangan.
6.Berhati-hati semasa membelok dan memintas serta memastikan keadaan benar-benar selamat sekiranya ingin berbuat demikian.
7.Mengalihkan segera kenderaan yang rosak ke bahu jalan serta menundanya secepat mungkin.
8.Warga emas yang mempunyai masalah penglihatan dinasihatkan agar tidak memandu kereta dalam keadaan jerebu.
9.Sentiasa peka dengan maklumat dan pengumuman berhubung lalu lintas di radio mahupun papan tanda elektronik.
10.Penunggang motosikal perlu berpakaian warna terang dan topi keledar daripada material lut sinar serta memakai topeng penapis.
11.Tidak menggunakan signal kecemasan apabila memandu dalam keadaan berjerebu kerana ianya boleh mengelirukan pemandu lain.
Sumber maklumat :
Bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.
Semoga perkongsian panduan cara selamat menghadapi jerebu ini memberi manfaat kepada kita semua dalam menghadapi keadaan cuaca yang berjerebu sekarang.
Kongsikan entri ini dengan rakan-rakan anda di media sosial juga.
Minggu ni banyak ulang alik ke KL naik moto, sudah terasa pedih matanya.. Semoga diberikan kesihatan kepada semua..
ReplyDeleteBerulang jauh atau dekat. Kena jaga kesihatan semasa jerebu melanda.
Deletekalu tak tahan mmg blh sbb kan demam or sakit kepala... sian laki akak yg keje kt site... huhuhu ptt pun dia duk ngn topeng ttp idung tuh huhu
ReplyDeleteKerja site lagi kena berjaga-jaga bila berlaku jerebu. Semoga masalah ini dapat ok balik. Sama-sama doa.
DeleteInfo yang sangat berguna... Office di menara tinggi nie pun kena jaga kesihatan sebaik mungkin...
ReplyDeleteBetul tu. Kena jaga kesihatan terutamanya musim jerebu macam sekarang.
DeleteSemalam mcm dah ok jerebunya.....hari ni mvm jadi balik pulak
ReplyDeleteBiasanya hujan dia ok. Bila berangin datang balik jerebu tersebut.
DeleteAdakala tak boleh nak elak bila kena buat kerja di luar rumah, terpaksa berhadapan dengan keadaan berjerebu ni.
ReplyDeleteBetul tu. Nak tak nak kena jaga langkah kesihatan nak bagi selamat dari jerebu.
DeleteJerebu oh jerebu, emang tuh jerebu slalu aj bikin mata sakit je..
ReplyDeleteSalam fsze blog...