Panduan Rezeki Berkat Dengan Berkahwin. Berkahwin atau bernikah pastinya menjadi impian setiap insan tidak kira wanita mahupun lelaki. Allah SWT Maha Mengetahui setiap perkara yang diciptakanNYA. Bila Allah SWT ciptakan lelaki pertama Nabi Adam AS. Maka Allah SWT juga ciptakan wanita pertama iaitu pasangannya Hawa As.
Mari Saya Tunjukkan Anda Cara “Tundukkan” Suami Dengan Cara Yang Halus & Sah!
Dapatkan Ilmu Serta Jalan Menjadikan Suami Anda Seorang Suami Yang Unggul & Hebat!
Perkahwinan atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW. Manakala sunnah itu sendiri merupakan satu amalan yang dijanjikan balasan pahala terhadap orang yang melakukannya. Setiap perkara yang Rasulullah SAW buat adalah sunnah yang patut diikuti oleh kita semua sebagai umat Rasulullah SAW.
Panduan Rezeki Berkat Dengan Berkahwin |
Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Perkahwinan itu sunnahku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku.”
(Riwayat Bukhari)
Kebanyakan apa yang kita lihat hari ini, perkakahwinan menjadi perkara yang rumit dan menyusahkan. Kenapa perkara ini boleh terjadi? Ramai diantara kita yang beranggapan untuk berkahwin memerlukan wang yang banyak, kena ada kenderaan dulu mahupun memiliki rumah dan sebagainya.
Perkara ini tidak semestinya perlu sebelum berkahwin. Jika ada lagi baik. Jika tak ada boleh diusahakan apabila setelah berkahwin. Jika nak tunggu semua perkara ini ada. alamatnya sampai ketualah tak kahwin.
Oleh kerana nak tunggu semuanya lengkap. Kita dapat lihat sendiri berapa banyak hari ini lahirnya anak-anak luar nikah, pasangan kekasih ditangkap khalwat dan bermacam-macam kes lagi oleh sebab masyarakat hari ini lebih melihat wang dan kekayaan semata.
Cuba kita renungkan dan mengambil iktibar dari kisah yang berlaku lebih kurang 1,400 tahun dahulu yang boleh kita jadikan panduan hidup ini. Insya Allah.
Pada suatu hari, Rasulullah SAW telah didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas dari belengu kemiskinan. Tanpa berlenggah lagi, Rasulullah SAW terus menyuruh lelaki tersebut supaya berkahwin.
Lelaki tersebut sangat gembira dengan saranan yang diberikan Rasulullah SAW. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin.
Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah SAW dan mengadukan nasibnya, “Ya Rasulullah SAW! Aku telahpun berkahwin, tetapi masih dalam keadaan miskin. Apa yang harus aku lakukan wahai Rasulullah SAW?”. “Kahwin lagi,” jawab Rasulullah SAW singkat.
Si lelaki tersebut tidak banyak bertanya. Beliau mempercayai Rasulullah SAW sepenuhnya kerana tidak mungkin Rasulullah SAW mahu menipu umatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain. Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah SAW dan mengadukan masalahnya :
“Wahai Rasulullah SAW, isteriku sudah dua pun dua orang, tapi aku masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah…?” keluh lelaki itu.” Kahwin lagi,” jawab Rasulullah SAW singkat. Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah SAW. Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga.
Namun setelah beberapa lama, keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia berasa malu untuk mengadu kepada Rasulullah SAW, tapi apakan daya ia masih tetap miskin. Dengan berat hati, beliau menemui Rasulullah SAW dan menyampaikan masalahnya.
“Wahai Rasulullah SAW, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus aku lakukan? “,adu lelaki itu. “Berkahwinlah lagi,”kata Rasulullah SAW. Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat.
Ternyata benarlah segala kata-kata Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa keberkatan perkahwinan di dalam kehidupannya. Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada ketiga-tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya semakin maju dan mampu mencukupi keperluan rumahtangga lelaki itu serta isteri-isterinya.
[+] Panduan Memikat Hati Lelaki
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Carilah rezeki dengan menikah”
(Riwayat Ibnu Abbas)
Firman Allah SWT yang bermaksud: ” Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah SWT akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah SWT Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. ”
(Surah an-Nur : 32)
Dengan mengambil iktibar dan teladan dari kisah di atas, Insya Allah jika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah SWT, tidak mustahil semua perkara akan mudahkan oleh Allah SWT. Dengan berkahwin seseorang akan terpelihara Iman dan Agamanya. Insyallah perkara-perkara maksiat dan fitnah di dalam perhubungan antara lelaki dan wanita dapat dijaga.
Panduan Rezeki Berkat Dengan Berkahwin |
Kongsikan Panduan Rezeki Berkat Dengan Berkahwin ini di media sosial juga. Terima kasih.
wahhh kawen tu sonoknyer, nak jaga perkawenan tu yg tak sonok bro kann., huhu2
ReplyDeletepsst. tetibe tringat ustaz poyo yang kawen 13 bini tuu., ;p
Betul tu. yang penting kena jaga agama. Insyallah nanti Allah SWT akan jaga semuanya.
Deletesbb tu kalu pyh bercinta ngn org yg takde komitment nk kawin nk berumahtangga...
ReplyDeletelgpun tanggunjwb utk menempuh alam rumahtangga tuh perlukan kesepakatan... utk kongsi bersama susah n senang, ngn cari rezeki sekali
Betul tu akak. Semoga perkahwinan yang di bina di bantu Allah SWT.
DeleteBila perkahwinan yg dibina atas dasar 'cinta' yg amat luas utk diinterpretasikan tidak mustahil kebahagiaan akan dicapai. Islam menggariskan banyak isu utk mencari keberkatan tersebut. Ikut sajalah pasti tercapai apa yg diimpikan..
ReplyDeleteApa yang penting kena jaga agama. Insyallah dipermudahkan Allah SWT.
DeleteAda contoh lain tak ? Hihi....
ReplyDeleteBanyak lagi contohnya. Yang penting berumah tangga, insyallah murah rezeki..
Delete