Jobdirumah

Kenapa Si Dia Belum Ajak Kamu Kahwin

Monday, 24 August 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kenapa Si Dia Belum Ajak Kamu Kahwin. Hari ini nak kongsi info tentang hubungan wanita dan lelaki yang macam-macam. Kepada wanita boleh lihat jika perkara ini ada kaitannya dengan anda. Buat lelaki boleh periksa tengok betul ker ini punca anda lambat nak menjejakkan kaki ke alam perkahwinan.

Kenapa Si Dia Belum Ajak Kamu Kahwin
Kenapa Si Dia Belum Ajak Kamu Kahwin
Pernah terfikir kenapa teman lelaki anda masih belum melamar atau masuk meminang anda walau dah bertahun-tahun bercinta? Memang kaum wanita akan rasa agak tertekan  bila perkara ini terjadi, apa lagi bila balik kampung, semua orang asyik bertanya. Tapi sebelum anda marah-marah si dia, apa kata fahami dulu sebab musababnya.

1. Takut
Ha? Takut apa? Jangan ingat lelaki yang nampak macho tak ada perasaan ini. Bukan takut komitmen, tapi takut jika perkahwinan yang dibina nanti tak bahagia seperti yang diharapkan. Lelaki akan rasa gagal bila perkahwinannya runtuh. Mereka juga ada expectations, bukan sahaja daripada anda, tetapi daripada diri sendiri.

2. Mahu perempuan buka mulut terlebih dahulu
Jangan terkejut, memang ada jenis lelaki sebegini. Dia tak mahu buka cerita tentang kahwin sebab takut anda tak bersedia lagi. Ini selalu terjadi dengan lelaki yang punya teman wanita yang berjaya dan punya pangkat tinggi. Yalah, si dia risau jika ada perkara yang anda belum capai dalam kerjaya anda.

3. Minat atau obses pada sesuatu
Jangan salah faham ya. Maksudnya minat atau obses pada sesuatu seperti kereta. Kahwin nak pakai banyak duit. Ada lelaki yang dah letak target nak beli Ferrari pada usia 30 tahun, jadi dia takkan kahwin selagi dia tak dapat Ferrari tu.

[+] Panduan Memikat Hati Lelaki
[+] Panduan Tambah Hati Suami

4. Masih ingat bekas kekasih
Ha, yang ini bahaya. Tetapi hal berkaitan hati dan perasaan ni susah nak dijangka. Lebih selamat, jangan dekati lelaki yang ada tanda-tanda masih angaukan bekas teman wanita. Dan tolong jangan bagi alasan kononnya anda mampu buat si dia lupakan bekas kekasihnya. Penyudahnya nanti anda yang serabut bila si dia buat bodoh saja bila sebut hal kahwin.

Semoga perkongsian Kenapa Si Dia Belum Ajak Kamu Kahwin ini berguna untuk kita semua.
Share

4 comments:

  1. Ahaaa... buat yg belum ada penyelesaian utk disatukan baik baca entri ini
    Utk kakak dah lama berlalu dah:)

    ReplyDelete
  2. Ada betulnya tu... pada zaman sekarang dah terbuka antara siapa nak luahkan dulu hajat.
    Ramai lelaki yang kurang yakin sekiranya perempuan itu lebih darinya...lebih dari segi kewangan...pangkat dan status...

    Sekiranya kedua2nya faham antara satu sama lain apa salahnya...pakat elok2...tak payah berasa terlalu rendah diri...sampai bila pun tak kahwen...

    Cuba beranikan diri bertanya atau guna orang ketiga...menjadi atau tidak, sekurangnya dah mencuba... kemudian cuba upgrade diri semampu mungkin...

    InsyaAllah dengan muafakat yang elok dan restu dari kedua orang tua akan selesai masaalah...

    ReplyDelete
  3. Klu nk kwin sgt, elok kawinkn jer..
    bg setan melalak..
    Tpi kna tgok dulu2 bkl2 tu...tgok bleh bca fatihah ke idok...tajwidnya, maqrajnya....

    Yg pnting agamanya

    ReplyDelete
  4. mungkin dia nggk terlalu cinta

    ReplyDelete

Jaga Tata Susila Komen Anda
Jangan Letak LINK URL dalam komen!!
Gunakan Comment As 'Name/URL' untuk memudahkan kunjungan balas.Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2015 OhPanduan
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah