Panduan Memikat Hati Lelaki Idaman

Friday 23 October 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Panduan Memikat Hati Lelaki Idaman. Siapa yang nak kahwin aje baca, yang dah kawin boleh baca juga untuk menjaga hubungan suami isteri. Panduan ini sesuai untuk mereka-mereka yang masih mencari-cari pasangan hidup untuk para wanita yang budiman.

Panduan Memikat Hati Lelaki Idaman, kartun lelaki wanita
Panduan Memikat Hati Lelaki Idaman 
Janganlah melewatkan urusan perkahwinan anda. Bila dah tua nanti anda akan merasakan begitu rugi sekali jika lambat kahwin. Jika tak kahwin lagi berganda-ganda ruginya. Kahwin ini satu tuntutan agama. Mesti ada kebaikannya Allah SWT perintahkan kita semua berkahwin.

Dibawah ini saya nak kongsikan sedikit sebanyak panduan memikat lelaki idaman anda. Panduan tersebut bukanlah tepat, cuma saya perolehinya dari sedikit pengalaman dan pembacaan bersumberkan dari mereka-mereka yang dah berjaya menamatkan zaman single mereka. Boleh ikut panduan tersebut sekiranya sesuai untuk dimanfaatkan.

Berikut adalah panduan memikat hati lelaki idaman

1)Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2)Pandai memasak adalah ciri-ciri utama lelaki mudah terpikat dengan anda. Jika tak pandai masak tu, tapi ada semangat juang yang tinggi untuk belajar memasak juga adalah satu kelebihan. Apa yang penting mesti rajin berusaha.

3)Mempunyai perwatakan menarik akan menarik minat kaum Adam. Kalau tidak, takkan ada pepatah "dari mata, turun ke hati".

4)Jujur dan sentiasa merendah diri. Jangan tunjuk hebat sangat depan mereka.

5)Lakukan apa yang pasangan anda suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

6)Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu). Di mata lelaki, takrifan seksi ini berbeza mengikut individu.

7)Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut. Jangan kasar-kasar tau. Nanti dia takut.

8)Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

9)Jangan terlalu mengongkong.24 jam tanya aje mereka buat apa. Jangan sampai mereka rimas dengan anda

10)Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

11)Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati. Sebaiknya jaga agama anda sebaiknya.

12)Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang anda minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.

13)Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu. Lelaki ada makhluk yang straight fowards. Thats why lelaki nie agak sukar memahami perempuan. Depend pada individu itu juga.

14)Apabila berhadapan dengan lelaki yang anda minati, renungi matanya kemudian kenyit mata... dan tunjukkan sifat humor anda. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa anda boleh di dekati tetapi bukan bererti anda nie perempuan murahan dan mudah didekati.

15)Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka. Berpada-pada ikut keadaan. Jangan nanti melepas.

16)Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

Rasanya anda boleh ikut tak panduan yang saya kongsikan di atas. Jika nak tahu lebih lagi langkah memikat 'buah hati idaman' anda. Boleh dapatkan ebook Pakar Motivasi DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj bertajuk Pikat Lelaki Idaman Anda ini atau klik banner dibawah.


Selamat berusaha wahai para bidadari yang mendambakan kasih sejati insan tersayang.
Share

20 comments:

  1. Kakak macam pernah terbaca buku tapi berbentuk novel kisah anak gadis nak pikat lelaki kaya macam-macam cara last dia kawin dgn lelaki sekampung tapi kira lelaki yg baik dan bolehlah hidup... Tapi dari buku itu lebih kurang macam panduan diberilah cuma sebagai perempuan manalah tahu diri dia tu menarik ke tak? Org yg melihat yg menilai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain buku ni Kakzakie. Lagi menaik dan ianya 'Straight to the Point' cara-cara wanita bujang yang masih mencari-cari lelaki idaman mereka. Penulisnya pakar motivasi DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj.

      Delete
  2. Tertarik yang no.14 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..yang tu kena berlatih sikit. Takut nanti tersalah orang pula.

      Delete
  3. pendek kata, be yourself... thanks 4 sharing ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tapi kadang-kadang jika jodoh kita rasa lambat, boleh cuba nasihat mereka-mereka yang pakar juga. Harap-harap ada mudah jodohnya nanti.

      Delete
  4. tp kadang2 ada jgk yg tak berhasil ikut spt di rancang hehehe...
    almaklum peel masing2 pun mcm2 kan...

    no 2 tuh mmg semua wanita kene ada skill

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak. Bertemu jodoh yang sesuai insyallah akan jadi ok. Wanita sekarang tak boleh mengalah juga dalam mencari jodoh. Kena usaha di samping berdoa untuk ditemukan dengan pasangan yang baik agamanya.

      Delete
  5. Salam singgah hari ni. Doakan yang baik2 aje for u. Tq sudi ke blog KA jg. Jodoh ajal maut di tangan Allah swt tapi kita pun kena usaha jgkan he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih KA. Betul tu jodoh pun kena usaha. Cari pasangan yang baik bersama-sama menuju syurga ilahi. Wanita jangan terlalu memilih nanti lambat bertemu jodohnya. Semuanya kena memohon kepada Allah SWT juga.

      Delete
  6. thanks info ni, yang penting cari jodoh pun kena jaga maruah dan keselamatan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kena jaga batas pergaulan juga bila mencari jodoh.

      Delete
  7. Wah.....wajib cuba utk pikat suami ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba pikat buat wanita yang masih bujang. Cari calon suami cepat yea.

      Delete
  8. Bila nak share tips untuk memikat wanita idaman pulak...

    ReplyDelete
  9. Dah ada suami pun kena pikat jugak. Baru lah kasih syg tu mekar berpanjgan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Jangan nanti takut juga ada pula yang nak pikat hati suami/lelaki yang dah kahwin. Jadi nak selamat kena jaga semua tu.

      Delete
  10. Kenyit?. Aduhh... Tak rela ai.
    Hihi.... Sib baik Mak dah laku Nak......

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..Jika dah laku. Kenyit kat suami sendiri aje lah mak. Waktu nak kenyit tu kena tengok juga. Takut tersalah kenyit kat orang lain pula. Lain pula ceritanya nanti.

      Delete

Jaga Tata Susila Komen Anda
Jangan Letak LINK URL dalam komen!!
Gunakan Comment As 'Name/URL' untuk memudahkan kunjungan balas.Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2015 OhPanduan
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah