Panduan dan Khasiat Lemon Dalam Kesihatan 2

Wednesday, 23 September 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya nak sambung perkongsian tentang khasiat lemon. Anda boleh baca perkongsian saya tentang khasiat lemon dibawah ini. Berikut adalah antara khasiat lemon yang jarang kita ketahui. Jika nak baca entri pertama tentang lemon boleh rujuk di sini 'Panduan dan Khasiat Lemon Dalam Kesihatan


Panduan dan Khasiat Lemon Dalam Kesihatan
Pokok Lemon
Menghilangkan rasa takut dan cemas
Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress.
Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?
Caranya:
Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.

Tiada lagi ulser mulut
Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni
Caranya:
Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa.

Lemon Sebagai Ubat Demam
Selain dari rawatan demam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa.
Caranya:
Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan.
Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi!

Selesema dan Sakit Tekak
Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak
Caranya:
Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam
Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.
Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak dalam badan

Merawat Keletihan
Sekiranya kita letih sangat-sangat, especially kepada world traveller.
Caranya:
Cucuk lemon dengan straw dan sedut je. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment
Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber air minum yang berbeza-beza
Lemon oil juga boleh merangsang brain activity. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air
Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam

Hypertension
Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.
Caranya:
Tambahkan 3 crushed bawang putih dan 1 chopped onion kepada 1liter susu rendah lemak ataupon susu soya
Reneh atas api selama 5 minit
Tapiskan dan sejukkan
Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari
Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol, InsyaAllah

Melegakan sengatan serangga berbisa
Caranya:
Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia.
Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu
Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi
Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik
Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil

[+] Panduan Formula Kurus
[+] Panduan Diet Atkin

Menidurkan Insomnia
Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur.
Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenagan dan kepekaan

Menyelamatkan perut
Setiap kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam.
Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut
Selamat tinggal Varicose Vein!
Caranya:
Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil
Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the direction of the heart. Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan, campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang suam. Tambahkan juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml) madu. Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi tekap-tekap je badan tu dengan tuala.

Menghilangkan kesakitan
Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari
Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil

Menghilangkan nafas berbau
Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke.
Caranya:
Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam
Ataupon kunyah lemon slice setiap kali lepas makan.

Semoga perkongsian Panduan dan Khasiat Lemon Dalam Kesihatan 2 ini bermanfaat kepada kita semua di dalam berusaha menjadi lebih sihat dan bahagia.
Share

5 comments:

  1. Replies
    1. Lemon memang sedap baunya. Khasiat lemon pun banyak.

      Delete
  2. Memang bermanfaat sangat. Kebanyakkan diantara cara dan panduan berkenaan lemon diatas pernah kita semua alami...

    Terima kasih berkongsi info ini dan Salam Aidul Adha dari Bunda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Bunda. Selamat Hari Raya Aidildha juga buat Bunda sekeluarga.

      Delete
  3. Selalunya okje buat detox OP...Buh lemon dlm air panas...

    ReplyDelete

Jaga Tata Susila Komen Anda
Jangan Letak LINK URL dalam komen!!
Gunakan Comment As 'Name/URL' untuk memudahkan kunjungan balas.Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2015 OhPanduan
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah