Panduan dan Khasiat Lemon Dalam Kesihatan. Ada yang tak kenal lemon ker? Jika ada anda boleh tengok gambarnya di bawah. Lemon rasanya semua orag suka, terutamanya kaum hawa. Kenapa tu kena tanya mereka sendiri. Orang perempuan suka sebab lemon sesuai untuk 'tambahkan' kecantikan mereka. Sebenarnya lemon banyak khasiatnya. Sebab tu agaknya harganya jadi mahal sedikit dari "rakan-rakannya" yang lain.
Panduan dan Khasiat Lemon Dalam Kesihatan |
Berikut adalah antara khasiat lemon:-
Sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system.
Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati
Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.
Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini?
Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi
Ini pula adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:
1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.
8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.
9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.
10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.
11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.
12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.
[+] Panduan Formula Kurus
[+] Panduan Diet Atkin
Semoga panduan dan khasiat lemon dalam kesihatan ini memberi manfaat kepada kita semua. Kongsikan panduan ini dengan rakan-rakan di media sosial. Terima kasih.
Dah lama tak buat detoks guna lemon ni.. ;)
ReplyDeleteNext week nak mulakan semulalah..
Bagus buat detoks guna lemon.
DeleteBoleh katakan tiap hari kakak minum lemon tapi bukan sebab kesihatan sebab kakak tak terfikir pun kalau tak baca ini banyak tak tahu. Kakak minum sebab suka aroma dan rasanya. Teh kakak pun kakak perah lemon... masak stim pun perah lemon. Makan roti pun kakak sapu butter dan lemon... sedap tau kalau dah biasa.
ReplyDeleteAir lemon memang sedap. Bila tahu khasiat macam ni, boleh amalkan selalu minum air lemon.
DeletePenah buat detox tp skjap je..x thn kerap g toilet ;)
ReplyDeleteMemang yang ini kena tahan sikit jika nak berdetoks. Nak senang buat hari duduk di rumah.
DeleteLama dah tak minum air lemon..... Ada sebijik dalam peti ais tu....sekarang jugak nak buh dalam air panas hihi
ReplyDeleteWah amalkan terus. Semoga berjaya dan kekal langsing.
DeleteJadi haus
ReplyDeletePerkongsian yang terbaik. Saya biasa amalkan, air putih + beberapa hirisan lemon (tak perlu perah airnya). Tips ini dikongsikan oleh Dr. Zubaidi =)
ReplyDeleteJom amalkan selalu.