Jobdirumah

Panduan Hilangkan Ketuat

Monday, 14 September 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Panduan Hilangkan Ketuat. Siapa ada ketuat? Tahu tak apa itu ketuat. Kalau tak tahu anda boleh tengok gambar dibawah. Anda ada ketuat? Kat mana? besar ker kecik. Jangan cerita kat sini.

Panduan Hilangkan Ketuat
Panduan Hilangkan Ketuat
Saya cuma nak kongsi panduan macam mana nak hilangkan ketuat ni. Anda boleh cuba mana yang rasa sengan nak buat. Insyallah cuba panduan hilangkan ketuat ini. Ada rezeki masalah ketuat tak ada lagi pada diri anda atau pun mereka yang terdekat dengan anda.

Ketuat biasanya terjadi pada bahagian tangan dan kaki manusia. Ketuat ada juga pada bahagian lain seperti di muka, leher, siku dan bahgaian-bahagian lain. Secara amnya ketuat tumbuh pada bahagian kulit seperti bintil kecil, tumbuh kasar menyerupai bunga kobis yang keras. Namun jika tidak dirawat atau diberi perhatian, ketuat mungkin akan merebak dan membesar.

Jika anda mengalami masalah ketuat, cubalah mana-mana panduan petua berikut:

1. Abu ubat nyamuk
Bancuh abu ubat nyamuk dengan sedikit air. Sapukan ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.

2. Kapur sirih
Sapukan kapur sirih ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.

3. Minyak masak
Celupkan lidi ke dalam minyak masak yang sedang panas dan titik ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.

4. Getah pelepah betik
Sapukan getah daripada pelepah betik yang dipetik terus dari pokok betik ke atas ketuat. Biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.

5. Daun kesum
Tumbuk lumat beberapa helai daun kesum dan campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.

[+] Panduan Diet Atkin
[+] Panduan Hidup Sihat Tanpa Ubat

Anda ada cara lain nak hilangkan ketuat, boleh kongsikan dalam komen di bawah. Nanti ada masa saya update.

Semoga perkongsian panduan hilangkan ketuat ini berguna untuk kita semua. Kongsikan panduan ini di media sosial anda. Terima kasih.
Share

7 comments:

  1. Baguslah tips diberi.
    Semua tu kakak baru tahu sebab dulu kakak ingat abang kena ketuat dia beli ubat titik di sinseh Titik nanti dia akan tanggaklan ketuat itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh cuba jika naik lagi ketuatnya kakak.

      Delete
  2. Dulu pernah kena, kena pulak dekat tapak kaki.. nak jalan pun rasa tak selesa, sampai kena dapatkan ubat di klinik.. lepas tu Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah hilang ketuat. Susah juga jika kena dekat tapak kaki.

      Delete
  3. Teringat sorang kawan OKje dula tangan dia selalu tumbuh ketuat. Jenuhlah dia buh asid ke apa tah....
    Kesian sangat. Terima kasih atas petuanya OP

    ReplyDelete
  4. Sama-sama. Boleh cuba yang mana sesuai jika kena ketuat. Kasihan kawan akak sampai kena guna asid nak buang ketut.

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum...

    terima kasih panduan nie.. cara nak hilangkan ketuat.. mselim3 ingatkan ketuat nie tak boleh hilang,,,

    mselim3

    pls: sebab aper ketuat nie tak diketahui puncanya...

    ReplyDelete

Jaga Tata Susila Komen Anda
Jangan Letak LINK URL dalam komen!!
Gunakan Comment As 'Name/URL' untuk memudahkan kunjungan balas.Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2015 OhPanduan
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah