Panduan Menghilangkan Panas Cili Pada Tangan

Friday 14 August 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Panduan Menghilangkan Panas Cili Pada Tangan. Bila masak yang pedas-pedas perkara yang biasa terjadi bagi yang kurang biasa dengan cili adalah akan tertinggal kesan panas pada tangan. Jika perkara ni berlaku apa nak buat yea.

Cili Padi Merah
Saya sendiri pernah kena macam ni. Mula-mula cuba juga basuh dengan air dan sabun. Tak juga hilang. Lepas tu cuba lapkan tangan dengan tuala basah tak jadi juga. Akhirnya jumpa petua orang lama-lama kita.

Katanya nak hilangkan panas cili pada tangan ni guna garam dan air. Macam mana tu yea. Caranya mudah sahaja, ambil garam dan air campurkan bersama dalam satu bekas. Kacau air dan garam sehingga garam tersebut larut dalam air.

Cili Padi Merah Potong
Setelah garam larut dalam air. Rendamkan tangan yang rasa panas cili tersebut. Insyallah cara ini dapat menghilangkan rasa panas cili pada tangan anda. Masa masak jauhkan cili potong daripada anak-anak yea.

[+] Panduan Saham
[+] Panduan Penulisan

Boleh cuba yea. Kalau guna air laut saya tak cuba lagi. Jika ada cara lain, anda boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah. Terima kasih.
gambar: google
Share

2 comments:


  1. Eeh.. baguslah petua ni
    Kakak baru tahu. lain kali bolehlah kakak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba kakak. Insyallah menjadi.

      Delete

Jaga Tata Susila Komen Anda
Jangan Letak LINK URL dalam komen!!
Gunakan Comment As 'Name/URL' untuk memudahkan kunjungan balas.Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2015 OhPanduan
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah