Pesan Ibu Tentang Ayah. Perkongsian yang saya dapat dari kawan-kawan. Tentang jasa baik kedua ibu bapa yang menjaga kita. Sememagnya ibu bapa banyak berjasa kepada kita semua. Jasa mereka tidak mampu dibalas.
Kepada yang masih mempunyai kedua ibu bapa, mahupun yang masih ada salah seorang daripada mereka atau yang telah kehilangan kedua ibu bapa berkhidmatlah kepada kedua ibu bapa. Jagalah mereka, kasihanilah mereka. Janganlah meninggikan suara kepada mereka, berbuat baliklah kepada mereka.
Pesan Ibu Tentang Ayah |
PESAN IBU TENTANG AYAH :
Anakku.
Memang ayah tak mengandungmu.
Tapi,
Darahnya mengalir didarahmu.
Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.
Memang ayah tak melahirkanmu.
Tapi,
Suaranyalah yang pertama mengantarkanmu pada Allah SWT ketika kau lahir kedunia.
Memang ayah tak menyusuimu.
Tapi,
Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.
Ayah memang tak menjagaimu setiap saat.
Tapi,
Tahukah kau dalam doanya tak pernah terlupa namamu disebutnya.
Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar.
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.
Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu.
Kerana,
Cintaannya dia takut dan tak sanggup melepaskanmu.
Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semuanya sendiri.
Ibu hanya ingin kau tahu.
Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.
Anakku dari dirinya juga terdapat syurga bagimu.
Maka,
Hormati dan sayangi ayahmu.
Kerana,
Ibu adalah tulang rusuk-nya.
Jauh dilubuk hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah SAT, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka kelak.
Mungkin ada dikalangan kita telah kehilangan ibu dan ayah.
Jadi, berbahagialah pada yang masih punya ibu & ayah.
Salam ingatan buat ayah dan ibu. Wallahualam.
Kasih ibu membawa kesyurga.....kasih ayah berkorban nyawa...
ReplyDeleteJasa kedua-dua mereka tidak ternilai dengan apa sahaja. Hanya doa mampu dipanjatkan buat mereka sekarang ni.
Deleteadehhh tetiba sebak mengenangkan arwah ayah dan ibu... huaa huaaa
ReplyDeleteDoakan mereka akak. Doa anak diterima untuk kedua ibu bapanya.
Delete