Jobdirumah

CEO Wanita Yang Hebat

Friday, 31 July 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
CEO Wanita Yang Hebat. Lama dah tak berceloteh disini. Hampir berbulan tak jenguk blog ni. Sebok dengan urusan dunia yang tak pernah habis. Hari Jumaat yang penuh berkat ini nak bercerita bagi ada semangat buat Isha anak buah saya yang berada di kampung. Sibuk Isha bertanyakan  boleh ker perempuan jadi BIG BOSS besar dalam syarikat. Kira mudah cerita kalau kita yang bekerja dengan swasta bos tu pangkat COE lah.  Ada ker siapa-siapa yang bekerja dengan empunya milik syarikat wanita. Mudah faham CEO Wanita.

CEO Wanita Yang Hebat
CEO Wanita Yang Hebat
Sebenarnya ramai aje wanita sekarang ni menjadi CEO di syarikat-syarikat besar. Saya sendiri pernah bekerja ditempat bos besar saya wanita. Macam mana suasana? Ada sedikit gawatnya juga. Biasalah manusia tak lepas dari buat salah. Cuma kita sebagai pekerja kena bekerja dengan sebaik mungkin memberi komitmen kepada syarikat yang kita bekerja tersebut.

Tapi pengalaman bekerja di syarikat GLC memang susah saya nak lupa. Maklumlah syarikat besar nak kena jaga ramai orang. Lain orang lain kerenahnya. Apa yang penting kita buat kerja kita, bagi ok semua kerja insyallah tak ada masalah sangat. Dah adat namanya bekerja dan makan gaji. Ada masalah tu perkara biasalah. Dengar cerita syarikat GLC nak buat hari terbuka. Boleh sama-sama hadir dan dapatkan hadiah serta berpeluang meghadiri temuduga kerja pada hari terbuka tersebut. Memang best Open Day GLC  ni.

Saya masih ingat masa kerja tersebut ada kawan yang bekerja dengan syarikat tambang murah yang tak asing lagi tu. Air Asia mesti semua orang tahukan. Dia selalu cerita, bila nak menjelangnya awal bulan mesti dia sibuk. Sebab bila awal bulan mereka akan buat promosi habis-habisan. Memang sibuklah nak kejar date line untuk promosi Air Asia tu. Perkara paling seronok dia kata bila dapat tiket serendah RM10 nak pergi mana sahaja masa tu juga. Maksudnya pergi ke kaunter air asia time tu juga beli tiket RM10 dan terbang ke tempat tujuan kita. Rasanya keistimewaan ini sekali setahun sahaja untuk staff mereka.

Bila kerja syarikat besar. Kemudahan internet memang mereka akan bagi. Terutamanya bagi yang kerja berkaitan nak 'kawal' apa-apa. Ada kawan yang kerja dia kawal urusan kapal laut masuk dan keluar dalam negara. Memang handphone kena sentiasa on sebab akan ada yang akan call masuk. Internet memang kena sentiasa online juga. Dah nak kawal trafik supaya tak sesak dan sebagainya. Memang seronok dia dapat kemudahan internet percuma sepanjang tahun.

Oklah,  macam dah banyak pula bercerita. Kepada anda yag sedang bekerja. Hargailah kerja anda dengan sebaiknya.  Walaupun kita bekerja sehebat mana pun. Jangan lupa tanggungjawap kita kepada Allah SWT. Solat kena jaga, sebaiknya bersolat di awal-awal waktu dan hormati ibu bapa selagi mereka masih ada.

Salam Jumaat. Banyakkan selawat di hari jumaat yang mulia ini.
Sumber gambar

Share

4 comments:

  1. Kerja digalas adalah tanggungjawab. Jgn pandang kedudukan. Setiap kita ada tanggungjawab dunia dan akhirat. Buat sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kakak. Bekerja untuk dapat reda Allah SWT.

      Delete
  2. ceo di rumah dan ceo di pejabat wanita mmg hebat...

    ReplyDelete

Jaga Tata Susila Komen Anda
Jangan Letak LINK URL dalam komen!!
Gunakan Comment As 'Name/URL' untuk memudahkan kunjungan balas.Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2015 OhPanduan
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah