Panduan Penjagaan Diri dan Kediaman Dari Gangguan Makhluk Halus.Rumah adalah kediaman tempat rehat dan ada yang kata juga rumah adalah syurga mereka di dunia. Pada saya rumah adalah tempat selamat untuk kita rehat, berteduh, berlindung dari panas dan sejuk, tempat kita paling mudah nak jaga aurat kita dari terdedah dan macam-macam lagi.Jika baik amalan agama di dalam rumah. Maka ahli rumah juga akan baik. Tapi sebaliknya jika buruk amalan agama dalam rumah tersebut. Maka ahli rumah tersebut juga akan buruk. Sebab tu dalam Islam pendidikan agama dalam rumah amat ditekankan.
Sebagai ahli rumah, jika kita nak rumah kita baik bak syurga di dunia. Kita kena hidupakan disetiap rumah kita dengan amalan agama. Insyallah malaikat akan mauk dlam rumah kita dan syaitan akan dengan sendirinya akan keluar dari rumah kita. Jadi penyelesaiannya berada pada diri kita sendiri. Nak baik dan nak buruk.
Penjagaan Diri dan Kediaman Dari Gangguan Makhluk Halus |
Lafazkan assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yang memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke dalam kediaman kita. Lebih bagus bagi salam setiap kali masuk ke mana-mana pintu ( kecuali bilik air) sebab tempat-tempat syaitan kebiasaannya di pintu-pintu.
Lazimi membaca dan memasang ayat suci Alquran di dalam rumah.Rumah yang dibaca ayat suci Al-Quran, Syaitan tak akan masuk.
Gunakan semua bilik yang ada dalam rumah.
Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan seperti tulang dan lain-alin kerana itu semua makanan jin.
Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam-malam elakkan buka pintu atau tingkap kerana angin malam tak elok untuk badan dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin.
Angkat baju diampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait degan sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yang terhampar pada waktu maghrib dan ke atas.
Kalau orang yang tidur mengigau sentuh dan kejut dia.
Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan(sunnah Nabi). Kalau tidur telentang, letak bantal atas badan. Orang perempuan bila tidur rambut kene letak bawah kepala, ( jangan lepaskan ke atas bantal.)
Bagi rumah yg pintu-pintunya berhadapan degan pintu-pintu lain, tutup salah satu dan buka salah satu kerana pintu-pintu yang saling berhadapan boleh menjadi laluan makhluk halus.
Kalau terlupa bagi salam masa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik degan bagi salam.
Elakkan ketawa dan bersedih yang berlebihan di dalam rumah. Di luar pun sama juga, jaga akhlak kita.
Elakkan duduk di pintu.
Selalu baca surah Al-Baqarah. Surah ini mampu menghalau makhluk halus dan pendiding sihir.
Selalu alih-alihkan barang dalam rumah. Jaga suasana baik dalam rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda-benda seperti ini yang mejadi penarik perhatian kepada makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan degan manusia yang lalai.
Panduan Berguna
[+] Panduan Kuruskan Badan
[+] Panduan Rumah Lelong
[+] Kisah Hampirnya Kiamat
Panduan Penjagaan Diri dan Kediaman Dari Gangguan Makhluk Halus ini saya dapat dari perkongsian kawan-kawan dimedia sosail dari Ustaz Syahidan KUIS. Somoga perkongsian panduan ini dapat membantu kita semua menjaga diri dan kediaman dari ganguan makhluk halus.
Sangat informatif. Bagus utk dijadikan panduan
ReplyDeleteApa yg penting dalam kehidupan kita sentiasa berpegang pada tali Allah
Insya-Allah kalau ikut garis-panduan yg telah diberi Allah memberi perlindungan pada kita
Terima kasih. Betul tu kakak. Kita kena amalkan agama dalam kehidupan, insyallah selamat.
DeleteBetul2
ReplyDeleteklu nk sng psg jer cd, dgr ayat2 rukyah tu..3hri berturut2
mau tercirit beret setan lari..
menyesal setan..hihi
Jika tak sempat nak baca sendiri. Cara ini boleh guna. Pasang cd atau apa sahaja yang ada bacaan ayat Al-quran. Insyallah lari semua benda tak nampak tu.
Delete