Panduan Memilih Taska Terbaik Untuk Anak

Thursday 14 November 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Panduan memilih taska terbaik untuk anak. Sejak kebelakangan ini kita dikejutkan dengan kes penderaan anak-anak di taska atau pun pusat asuhan kanak-kanak. Bila dengar berita tersebut pastinya ibu bapa yang meletakkan anak-anak mereka di taska atau pusat asuhan kanak-kanak akan terdetik dihati. "Macam mana taska anak saya?" Oleh sebab itu, penting sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku, kita sebagai ibu bapa seharusnya mengetahui panduan memilih taska terbaik untuk anak-anak.

Pilihan antara Pengasuh, Maid dan Taska.
Siapa yang menjadi pilihan kita antara pengasuh, maid dan taska? Ketiga-tiga ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya.

1)Tugas taska 100% untuk menjaga anak asuhan. Berbeza dengan pengasuh yang mempunyai banyak kerja lain untuk dibuat di rumahnya. Begitu juga dengan maid (kecuali dah diarahkan 100% masa untuk jaga baby sahaja). Kemungkinan untuk bayi ditinggalkan bersendirian adalah lebih tinggi berbanding di taska.
2)Taska mempunyai jadual cuti dan biasanya akan mengikut cuti umum yang biasa. Pengasuh boleh sahaja nak pergi bercuti bila-bila masa. Dan maid boleh tiba-tiba nak minta cuti.
3)Kakitangan taska mengikut ratio 1 penjaga 5 bayi (paling maksimum). Pengasuh boleh saja nak jaga ramai-ramai bayi, toddler dan kanak-kanak.
4)Taska mempunyai sistem dan program tertentu,anak-anak insyallah boleh belajar dan bergaul dengan selamat di situ.

Panduan Memilih Taska Terbaik Untuk Anak
Panduan Memilih Taska Terbaik Untuk Anak
- Walaupun taska mampunyai banyak kebaikan,namun kita juga kena BERWASPADA kerana berkemungkinan Taska boleh menjadi ANCAMAN/neraka dunia kepada anak-anak kita, JADI sangat PENTING untuk kita mengetahui panduan MEMILIH TASKA yang TERBAIK untuk anak-anak kita.

Antara kes taska yang bermasalah ini:-
1) Mereka menidurkan anak-anak dengan menutup kain pada mata, walaupun ada sesetengah budak tidur kena tutup mata sekejap, tapi tidak semestinya semua budak tidur kena tutup mata, silap-silap boleh mati lemas anak kita.
2) Anak-anak ditidurkan di atas simen dengan tilam yang nipis. Simen sejuk,boleh menyebabkan paru-paru berair jika selalu tidur berlantaikan simen tanpa alas yang tebal.
3) Anak-anak kecil diberikan ubat tidur supaya mereka tidur lama dan tidak menyusahkan pihak penjaga.
4) Anak-anak didera dan dipukul dengan kuat tanpa perasaan peri kemanusian. Kasihan kan?

Bagaimana Memilih Taska Terbaik?
1)Berjumpa sendiri dengan pengusaha taska dan penjaga.
2)Membuat research sendiri.
3)Bertanya dan mengambil testimonial dari mereka yang pernah menghantar anak ke taska tersebut.
4)Melihat sendiri cara penjagaan yang diamalkan di taska tersebut.
5)Meneliti program yang ditawarkan di taska tersebut.
6)Menjalin hubungan baik dengan pemilik dan penjaga di taska.

Tips Memilih Taska Terbaik untuk anak-anak
1)Pastikan taska tersebut adalah yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) dan tadika pula dengan Jabatan Pelajaran - jumpa pengusaha taska dan minta dia tunjukkan sijil & dokumen berkenaan.
2) Pemilik taska tinggal ditaska tersebut,dan bukannya bekerja tempat lain dan gajikan orang lain untuk menjaga anak-anak, Ini kerana jika berlaku hal kecemasan pekerja mereka akan call pemilik terlebih dahulu,dan jika pemilik tinggal jauh,macam-macam boleh terjadi kepada anak-anak pada masa tersebut.
3)Kena pastikan juga cara mereka tidurkan anak-anak,ada sesetengah taska yang bagi ubat tidur atau meletakkan kain untuk menutup mata anak-anak supaya mereka cepat tidur.
4)Kebersihan dan susunatur perabot yang selamat untuk bayi dan kanak-kanak – masuk sendiri untuk tengok keadaan dalam taska.
5)Sebagai ibu bapa kita kena buat spot check kadang-kadang,bagi alasan hendak menyusukan anak pun boleh,masa tersebut boleh kita tengok apa-apa yang menjadi tanda tanya kepada kita sebelum ini tentang pengurusan taska tersebut.
6)Akhlak dan tatacara penjaga di taska hendaklah baik,mesra,peramah dan penyayang. Di sini kita boleh lihat pengalaman dan minat ikhlas mereka untuk manjaga anak-anak.
7)Perhatikan keadaan anak-anak kita semasa kita ingin menghantar mereka ke tempat tersebut,jika mereka menangis dan takut-takut maka kita kena berjaga-jaga takut anak kita menjadi magsa dera.
8)Jika ada anak yang dah besar dan faham,boleh tanya mereka seronok tak tinggal kat taska,makan apa hari ini,penjaga taska baik ker dan macam-macam soalan bagi anak-anak bercerita kepada kita.
9)Operasi kebersihan yang dilakukan – misalnya sekali seminggu taska dinyahkuman.Tengok juga dapur dan tandas taska tersebut.
10)Makanan yang disediakan adalah yang berkhasiat dan tidak berkongsi bekas makanan dengan anak-anak lain.
11)Program yang dilaksanakan sesuai untuk perkembangan bayi.Jika anak-anak dah besar sedikit ada juga diselitkan dengan kelas fardu ain seperti menghafal doa,baca Iqra,belajar wuduk,azan dan solat.Adanya unsur yang mementingkan nilai-nilai moral dan Islamik.
12)Bayaran yuran-bertanya dengan sejelasnya dan kalau memungkinkan boleh tawar menawar jika yurannya terlalu mahal. Buat perbandingan dengan pusat jagaan lain. Tanyakan juga bayaran lebih masa jika kita lambat mengambil anak.

#JIKA terdapat kesilapan dan kesalahan yang kita kesan pada taska terbabit,tidakan undang-undang boleh kita ambil dengan mambuat laporan kepada pihak polis,JKM(tasaka) atau Kementerian Pelajaran(tadika).

##Bagi ibu bapa yang masih tercari-cari taska mana yang terbaik untuk dijagai anak-anak, dapatkan panduan Pilih Taska . Janganlah berkira kalau nak research yang terbaik untuk anak, ingatlah taska adalah rumah kedua anak-anak,jadikanlah tasaka tersebut sebagai TAMAN dan bukan NERAKA DUNIA bagi si comel kita.



Sememangnya Panduan Dari PAKAR dalam Mendidik Anak dan Keluarga amat berguna. Antara yang biasa kita dengar adalah  Prof Muhaya Muhammad.








Share

9 comments:

  1. Terima kasih kongsi panduan memilih taska. Boleh guna nanti anak anak masuk taska.

    ReplyDelete
  2. Walaupun masih belum berkeluarga, tapi info sebegini sangat berguna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berguna bila perlu mencari tempat untuk anak-anak bila ibu bapa bekerja.

      Delete
  3. dah x ada anak nk masuk taska...tapi bagus info ini untuk ibu bapa yang tercari2 taska untuk anak2 mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea. Semoga perkongsian panduan ini berguna untuk para ibu bapa yang mencari taska untuk anak-anak mereka.

      Delete
  4. Info utk buka taska atau tadika ada x. Plan nk benti keje la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga tu IL. Cuba dapatkan maklumat dengan pihak JKM.

      Delete
  5. info yang berguna...terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kancil. Semoga ianya bermanfaat buat ibu bapa yang sedang mencari taska untuk anak-anak mereka.

      Delete

Jaga Tata Susila Komen Anda
Jangan Letak LINK URL dalam komen!!
Gunakan Comment As 'Name/URL' untuk memudahkan kunjungan balas.Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2015 OhPanduan
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah