Banyak persoalannya tentang handphone baru ini, mampukah anda membeli handphone yang mahal-mahal tersebut? OhPanduan ingin berkongsi beberapa panduan sebelum anda membeli handphone baru idaman anda. Sama ada untuk diri sendiri atau buat yang insan tersayang.
Mana satu handphone idaman ni yea?? |
Kedua, kenal pasti handphone yang diingini. Anda boleh survey sedikit tentang handphone yang anda ingin beli seperti jenis brand, fungsi multimedia dan sebagainya supaya anda tidak bingung apabila ditawarkan handphone lain di kedai. Anda boleh survey di Internet atau boleh bertanyakan kawan-kawan yang telah manggunakan jenis telefon yang anda inginkan tersebut.
Ketiga, survey harga pasaran. Setelah mengetahui handphone yang ingin dibeli, survey harganya. Jangan terlalu menginginkan harga yang semata-mata murah, tetapi pilihlah harga yang berpatutan dengan keadaan pasaran semasa dan keadaan handphone itu. Yang penting, sesuailah dengan bajet anda.
Keempat keadaan fizikal handphone.Jika anda ingin membeli handphone terpakai pasti akan ada sedikit cacatnya. Namun, teliti dahulu dari segi fizikal handphone, keypad, navigasi, skrin, bateri dan yang paling penting nombor IMEI pada telefon adalah tepat.
• Untuk mengetahui nombor IMEI, sila taip *#06# pada kekunci handphone anda untuk melihat Serial Number.
• Sila semak nombor apakah yang berada pada Serial Number yg bilangan ke tujuh dan lapan (XXXXXX??XXXXXX. . …)
• Berdasarkan perincian di bawah, sila semak dengan nombor yang ke tujuh dan ke lapan pada Serial Number handphone anda tadi.
Perincian 1
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 02 atau 20, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Emirates & kualiti sgt teruk.
Perincian 2
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 08 atau 80, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Germany & kualiti biasa.
Perincian 3
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 01 atau 10, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Finland & kualiti agak baik.
Perincian 4
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 00 atau 04, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di negara pengeluar handphone tersebut & kualiti sangat baik.
Perincian 5
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 13, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Azerbaijan & kualiti paling teruk.
Akhir sekali, uji handphone. Minta kepada penjual supaya membenarkan anda menguji handphone itu. Cuba aplikasi seperti sistem bunyi, kamera, typing system dan sebagainya sekiranya anda berkeinginan untuk bermain games dengan handphone baru tersebut. Lihat perjanjian jual beli dan after sales juga. Tanyakan pada penjual, tentang jaminan dan tempohnya kerana jika berlaku masalah, anda tidak perlu risau untuk membaikinya. Semoga perkongsian Panduan Sebelum Membeli Handphone baru ini berguna untuk anda yang ingin membeli handphone dalam masa yang terdekat ini, Sekian.
Sangat informatif sebab kakak tak tahu ini semua. Baru membeli samsung s4 zoom tapi aplikasinya pun tak mahir lagi kakak ni. Anak-anak lagi pandai:)
ReplyDeleteTerima kasih kakak, biasa kadang-kadang anak-anak memang lagi laju dari kita bila bercerita tentang handphone ini.
Deletetq untuk entry ini..mmg berhajat nk beli enpon...
ReplyDeleteSama-sama. Nak beli handphone apa tu?
Deletebaru je redeem smartphone lenovo dgn treatpoint 2 minggu lepas
ReplyDeleteWah,bagus tu. Lenovo jarang orang pakai, mesti bestkan handphone baru lenovo Admin.
Deletebtl tu stju sgt..bli nset stkat ada applikasi smua ja.hehe..tp skrg terbekenan xperia z1 plk.tp xtau ok ke x.kamera dia bez.hhe
ReplyDeleteBeli HP yang semua benda boleh guna. Mudah dah nak dapat dengan harga murah. Apa yang penting 'study' sikit apa jenis HP yang kita nak beli. Dah tahu lepas tu boleh tengok harga di internet dan di kedia. Buat perbandingan dan beli mana yang rasa boleh tawar harga macam bajet yang kita nak.
Deleteinformasi yg bagus..kebanyakan org yg gila gadget ni biasanya membeli hp sbb nak kelihatan trendy tanpa memikirkan tentang panduan ni semua..
ReplyDeleteBetul tu PK. Bagi yang jenis macam ni memang kena 'makan' kat orang kedailah jawapnya. Bagusnya sebelum beli handphone baru study sikit tentang harga dan komponen smartphone tersebut. Nak elak dari kena tipu.
Deletebaru tahu pasal nombor2 tu.huhu
ReplyDeleteNanti tengok betul-betul no tu yea Hana bila nak beli HP baru.
Delete