Panduan Mengurangkan Radiasi Dari Laptop Atau PC

Friday 15 April 2016

Assalamualaikam dan Salam Sejahtera.
Panduan Mengurangkan Radiasi Dari Laptop & PC. Hari ini OP nak kongsikan panduan untuk para pengguna laptop dan PC. Dalam kita menggunakan laptop mahupun komputer peribadi kita sama ada di pejabat mahupun di rumah. Sebenarnya kita terdedah kepada radiasi dari peralatan ini.

Sekarang ni Laptop dan PC bukan hanya digunakan oleh orang dewasa mahupun pelajar. Malah kadang-kadang anak-anak yang masih belum bersekolah lagi dah tahu menggunakan benda ni sama ada untuk menonton video atau bermain permainan di dalamnya.

Sebenarnya radiasi yang terhasil dari laptop dan PC ini agak tinggi juga. Jadi lebih lama kita guna, lebih tinggi kesannya kepada kita semua.

Berikut adalah panduan dan cara nak mengurangkan radiasi dari laptop mahupun PC. Boleh guna langkah-langkah ini untuk keselamatan diri kita dan insan-insan tersayang. Berikut adalah panduanya:-

Filter Monitor
Filter Monitor

1. Memasang filter pada monitor komputer anda untuk menahan radiasi agar tidak sampai ke mata.

2. Pilih monitor yang berbentuk LCD atau LED. Manitor jenis ini lagi kurang kadar radiasinya.

3. Sebaiknya jarak mata anda dari skrin komputer 50-100 cm minima.

4. Cuba usahakan monitor sejajar dengan mata anda. Jangan terlalu tinggi dan jangan terlalu rendah.

5. Aturlah warna pada skrin monitor sehingga sesuai dipandang mata. Jangan terlalu terang kerana akan menyebabkan mata anda menjadi silau. Begitu juga jangan terlalu gelap, karana akan menyebabkan mata anda bekerja terlalu kuat sehingga mata menjadi cepat kering.

6. Atur skrin refresh rate menjadi 75 htz. Caranya jika anda pakai windows XP klik kanan pada desktop-properties-setting-advanced-monitor, lihat kolom screen refresh rate, atur menjadi 75 htz.

7. Cuba usahakan sekerap mungkin kedipkan mata untuk merangsang kelenjar airmata mengeluarkan air mata yang berfungsi sebagai pengalir bagi melembab bagi membolehkan mata menjadi basah selalu.

8. Pakailah kacamata khusus yang boleh dipakai pada saat menggunakan komputer.

9. Selepas penggunaan komputer dalam jangka waktu yang lama, rehatkan mata sekurang-kurangnya 15 minit. Usahakan untuk melihat objek yang berwarna hijau seperti pokok atau daun daunan. Kerana menurut pakar, warna hijau mampu membuat mata kembali segar. Jika di pejabat boleh lihat pokok-pokok di sekitar pejabat anda.

10. Banyakkan memakan makanan yang mengandungi vitamin A seperti lobak, dan selalulah berjumpa doktor untuk memeriksa mata bagi manjaga keadaan mata kita.

11. Jangan terlalu lama menggunakan jaringan wireless, hotspot, modem, wifi. Kerana bahayanya sama saja kita menggunakan handphone.

12. Gunakan selalu bateri pada saat menggunakan laptop untuk mengurangkan radiasi yang berlebihan dari komputer anda.

13. Sebaiknya jangan gunakan laptop ketika sedang di cas, kerana radiasi akan semakin meningkat.

Semoga perkongsian Panduan Mengurangkan Radiasi Dari Laptop & PC ini memberi manfaat buat kita semua yang selalu menggunakan laptop dan PC dalam kerja harian kita.

Sekiranya panduan  ini bermanfaat. Kongsikan panduan ini dengan rakan-rakan ada juga.TQ.
Share

6 comments:

  1. Tq OP....risau dengan anak bujang ni, boleh kata 24 jam mengadap komputer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena nasihatkan juga akak. Takut nanti bila dah besar baru ada kesan sampingan dia. anak-anak sekarang suka main game lama-lama kat PC.

      Delete
  2. Memang kalau lama sangat menghadap PC ni sakit kepala, pastu monitor ni pula fesyen lama, tak ada filter tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cari filter satu macam tu. Untuk elak kesan sampingan pada masa akan datang.

      Delete
  3. Ada radiasi ye... huhuhuhu... bahaya betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea ada radiasi komputer ni. Tapi dah kerja kita mengadap benda tu. Terpaksalah jaga sikit-sikit keselamatan agar lebih selamat. Kena cari filter dia satu macam ni kan. Mencegah lebih baik dari merawat kata orang.

      Delete

Jaga Tata Susila Komen Anda
Jangan Letak LINK URL dalam komen!!
Gunakan Comment As 'Name/URL' untuk memudahkan kunjungan balas.Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2015 OhPanduan
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah