Jobdirumah

3 Cara Pelajar Nak Buat Kerja Part Time Mudah

Thursday, 7 April 2016

3 Cara Pelajar Nak Buat Kerja Part Time Mudah. Yea, hari ni nak kongsi kerja part time yang mudah untuk di buat oleh pelajar-pelajar sama ada pelajar sekolah, pelajar kolej atau pelajar di mana-mana universiti IPTS mahupun IPTA di seluruh negara.

3 Cara Pelajar Nak Buat Kerja Part Time Mudah
3 Cara Pelajar Nak Buat Kerja Part Time Mudah
Oleh kerana hari ni kita dapat lihat, kos hidup semakin hari semakin tinggi. Bagi pelajar sekolah ok lagi. Kebanyakkan mereka masih tinggal bersama ibu bapa mahupun keluarga terdekat. Jadi tak ada masalah sangat dengan keperluan kewangan ini kan?

Tapi bagi pelajar di kolej mahupun universiti. Jika anak orang 'berduit' ok lah. Tak ada nak risau sangat tentang kos sara hidup ni. Namun bagi pelajar-pelajar yang datangnya dari golongan orang biasa-biasa ni. Rasanya masalah kewangan boleh jadi beban juga buat mereka.

Walaupun kebanyakannya bila ambil diploma mahupun ijazah di kolej dan universiti ada dibekalkan duit PTPTN daripada kerajaan. Tapi kadang-kadang wang tersebut tak cukup. Potong duit yuran dan campur duit nak beli buku rujukan. Dah tinggal sikit duit PTPTN yang ada.

Saya nak kongsikan beberapa kerja part time yang mungkin pelajar boleh buat bagi menambahkan duit poket mereka semasa belajar.

3 Cara Pelajar Nak Buat Kerja Part Time Mudah
1) Buat Bisnes Burger.- Yang ni bagus jika pelajar ni duduk di rumah sewa atau jika pelajar tersebut tinggal di luar kampus. Boleh berpakat dengan 2-3 orang kawan-kawan yang ada minat yang sama untuk berniaga dan mencari duit sendiri. Cari lokasi yang bagus untuk mulakan bisnes burger tersebut. Hasil yang diperolehi dibahagi sama rata. Kena buat pengurusan dengan baik agar bisnes burger ni tak menganggu masa rehat dan study anda. Boleh rujuk info bisnes burger ini jika nak tambah pendapatan.

2) Bekerja di kedai 24jam atau restoren.- Cara ni agak mudah nak dibuat, tapi kena cari kedai yang boleh terima anda dengan waktu kelas dan aktiviti anda sebagai seorang pelajar. Jika majikan ok. Boleh mula kerja dengan masa percubaan dulu. Tengok keadaan anda menguruskan masa dan waktu belajar. Jika ok, boleh tingkatkan masa kerja anda. Tapi ingat jangan sampai kerja tersebut menggangu masa dan kesihatan diri.

3) Buat Kerja online- Cara ni paling banyak dan paling mudah nak buat bagi seorang pelajar. Biasanya kawasan pelajar mudah nak dapat kemudahan internet. Saya galakan anda buat kerja dalam portal online Jobdirumah. Kerjanya mudah sahaja. Anda buat kerja secara online dan bayaran juga akan diberikan secara online. Daftarkan diri anda dalam Jobdirumah. Kemudian baca panduan yang pihak jobdirumah bagi. Dari panduan tersebut. Anda akan diajar langkah demi langkah nak buat kerja dan mendapatkan bayaran. Rajin buat kerja, dapat banyak hasil. Jika malas. Tak dapat hasil. Hasil pendapatan tersebut bolehlah digunakan untuk menambahkan duit poket anda. Berminat daftar di sini-->> Daftar Jobdirumah (klik sini)

Cukup dulu perkongsian saya. Jika rasa berminat nak tambah pendapatan. Boleh pilih mana satu cara yang dirasakan mudah bagi seorang pelajar nak buat kerja part time. Insyallah dengan buat kerja-kerja macam ni. Boleh meringankan beban diri anda dan tak adalah sangat nak bergantung harap dengan pinjaman tabung berbunga PTPTN serta keluarga tercinta.

Selamat belajar dan berusaha!
Share

16 comments:

  1. Best jadi pelajar sekarang boleh buat duit online lagi tu, masa dengan study pun tak ganggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Noriza. Pelajar sekarang mudah nak buat kerja part time. Sekarang banyak kemudahan internet di sediakan. Buat kerja part time macam ni, boleh tambah duit poket mereka. Ada lebih boleh bantu keluarga juga.

      Delete
  2. zaman internet ni macam2 boleh buat, jangan join MLM sudah.

    zaman aku dulu nak online internet kena dial up dulu patu dengar bunyi modem berdegnung ngunggg haha. patu kena rekod berapa lama online dalam buku nanti senang nk kira bil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..biasalah tu. Zaman tu dah jarang jumpa dah. Sekarang dah banyak kemudahan yang ada boleh dimanfaatkan oleh pelajar yang rajin nak tambah duit perbelanjaan mereka. Pelajar yang rajin boleh cuba buat kerja-kerja macam kat atas tu yea.

      Delete
  3. Pelajar sekarang memang dah kreatif nak buat duit. Dulu kakak tak ada cara selain dok menulis cerpenlah, sajaklah hantar itu pun dapatnya ciput aje. Sedih. Sekarang ni anak kakak jual online tak sampai seminggu dah beratus duit masuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Itulah peluang mudah sekarang ni bagi pelajar yang nak buat kerja part time. Sama ada nak atau tak aje. Mudah sekarang bila ada internet. Buat kerja dari rumah boleh dapat hasil.

      Delete
  4. Jual burger memang lumayan. Driver tempat kakak kerja ni gaji dia 4K tapi dia jual burger income sebulan cecah RM3K. Siap ada pembantu lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah lumayan betul. Dapat hasil dari jual burger. Siap ada pembantu lagi. Inilah hasil bagi orang yang rajin berusaha.

      Delete
  5. Seronok bila dengar kengkawan buat keje part time...Diri sendiri nak entah bilalah agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok buat kerja part time bila dapat hasil dari kerja yang kita buat. Boleh cuba juga akak.

      Delete
  6. Yang penting kena rajin....termasuk yg dah bekerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Jika rajin boleh dapat hasil dari buat kerja part time macam ni. Boleh cuba yang mana berkenan encik Zul.

      Delete
    2. Sya mcm mcm buat....heheheehe...cuma skrg ni lebih byk tertumpu pada dunia blogging....rajin posting banyak la dpt...tpi blogger ni mesti ada minat mengarang...dn jgn tiru content org huhuhu...tkasih tuan

      Delete
    3. Sama-sama. Menulis dari hati. Jadi pelajar pun seronok sekarang ni. Macam-macam kerja part time yang mereka boleh buat. Tak sama macam zaman kita belajar dulu. Nak buat kerja online pun susah. Sekarang dah mudah, banyak kemudahan yang terdapat di universiti untuk pelajar buat kerja secara online.

      Delete
  7. Yang penting, perlu ada commitment, usaha dan usaha... Bukan saja untuk pelajar, yang sedang bekerja pun boleh buat jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Jika rajin berusaha boleh dapat hasil. Ramai kawan-kawan kita yang dah ada kerja tetap. Buat kerja part time macam ni untuk menjana pendapatan.

      Delete

Jaga Tata Susila Komen Anda
Jangan Letak LINK URL dalam komen!!
Gunakan Comment As 'Name/URL' untuk memudahkan kunjungan balas.Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2015 OhPanduan
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah