9 Petua Hilangkan Masalah Bau Ketiak

Wednesday 23 March 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
9 Petua Hilangkan Masalah Bau Ketiak. Hari ni OhPanduan nak kongsikan petua bagi menghilangkan masalah bau ketiak yang mungkin berlaku pada diri kita atau orang yang terdekat kita.

Bukan apa, kadang-kadang yang kita punya ok. Tapi jiran sebelah menyebelah kita kat pejabat tu lain macam pula baunya. Jika bukan jiran sebelah kita, mungkin ada dikalangan kawan terdekat atau anak beranak kita yang menghadapai masalah ketiak berbau ni.

Macam-macam usaha dah dibuat, pakai minyak wangi, bersabun habis satu botol dan macam-macam usaha dibuat, Namun hasilnya tetap sama. Sampai aje masa dia, dapat bau keperitan bau tersebut ke tempat berdekat mahupun bersebelahan.

Jadi OhPanduan nak kongsikan Petua Hilangkan Masalah Bau Ketiak ni kepada kawan-kawan semoga ianya boleh memberi manfaat kepada kita semua.

9 Petua Hilangkan Masalah Bau Ketiak

Limau Nipis
Limau Nipis
1) Campurkan setengah sudu teh kapur dengan perahan sebiji limau nipis. Sapukan campuran pada ketiak selepas mandi. Amalkan sekali sehari.

Daun Pandan
Daun Pandan
2) Ambil beberapa helai daun pandan, bersihkan dan tumbuk hingga lumat. Perah dan tapis jusnya. Kemudian ambil sedikit bedak sejuk dan campurkan dengan sedikit perahan jus pandan tadi. Sapukan campuran itu pada ketiak setiap malam sebelum tidur.

3) Rebus 5 helai daun sirih bersama 5 kuntum bunga kenanga dan segelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan campurkan dengan sedikit gula merah. Amalkan meminumnya 2 kali seminggu.

daun limau nipis
Daun limau nipis
4) Tumbuk 7 helai daun limau nipis hingga lumat. Campurkan dengan sedikit madu dan bulat-bulatkan sebesar saiz kacang. Makan tiga kali sehari.

5) Setiap kali mandi, gosok ketiak dengan belakang tapak tangan.

kulit pisang
Kulit pisang
6) Sapukan kulit pisang masak pada ketiak 10 minit sebelum mandi. Kemudian basuh dengan sabun mandi dan bilas dengan air bersih.

7) Belah limau nipis, gosokkan pada ketiak setiap kali sebelum mandi. Biarkan kering seketika kemudian barulah mandi seperti biasa.

Daun sirih
Daun sirih
8) Gumpal beberapa helai daun sirih di tapak tangan sehingga mengeluarkan jusnya. Sapukan pada ketiak setiap kali sebelum mandi.

9) Tumbuk lumat beberapa helai daun pucuk jambu batu atau daun limau nipis. Gosokkan pada ketiak.

9 Petua Hilangkan Masalah Bau Ketiak yang OP dapat dari banyak sumber. Boleh cuba satu persatu mana-mana petua yang dirasakan sesuai dengan kulit anda. Apa yang penting kena selalu buat sehingga masalah bau ketiak yang 'masam' tersebut dapat diatasi. Semoga panduan petua ini berguna buat kita semua.

Kongsikan 9 Petua Hilangkan Masalah Bau Ketiak ini di media sosial anda juga. Terima kasih.-OP
Share

10 comments:

  1. ada yang cukup mudah tetapi ada kos iaitu..beli deodoran dan taruk kat ketiak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga guna cara tu. Yang ni perkongsian petua HA. Boleh cuba mana tahu menjadi.

      Delete
  2. pernah cuba limau nipis tp pedihnya yg amat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika pedih. Tak boleh guna, mungkin ada yang terluka agaknya. Itu yang pedih jadinya.

      Delete
  3. Paling mudah... Deodorant!.
    Tp tip traditional ni mmg bagus especially utk yg rajin naw mkn bwng (penyumbang bau ketiak yg paling power..haha).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, petua ni bagi yang rasa susah sangat nak hilang bau ketik dia. Bagi yang bau sikit-sikit pun boleh guna juga petua ni.

      Delete
  4. Nampaknya boleh cuba petua no 5 lah sebab tu yg paling senang hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba. Jika tak jadi boleh cuba petua lain pula. Ada banyak lagi dalam senarai tu.

      Delete
  5. Semuanya sudah di kongsikan kat sini... tinggal lagi, nak buat ke tak... Kalau malas, beli je deodorant :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deodorant sebagai pewangi masa nak pergi kerja. Balik rumah boleh buat petua ni nak bagi bau ketiak kembali segar.

      Delete

Jaga Tata Susila Komen Anda
Jangan Letak LINK URL dalam komen!!
Gunakan Comment As 'Name/URL' untuk memudahkan kunjungan balas.Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2015 OhPanduan
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah