Jobdirumah

Perkara Asas Untuk Jaga Kereta

Saturday, 9 January 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Perkara Asas Untuk Jaga Kereta. Saya tertarik nak kongsikan info perkara asas untuk memudahkan kita semua yang ada kereta nak jaga kereta kita. Perkara asas macam ni sepatutnya mereka-mereka yang ada kereta kena tahu perkara ni. Jika tidak, susah juga nanti. Takut kereta yang kita miliki cepat rosak jika tak pandai nak jaga. Saya dapat tips ini daripada perkongsian rakan di facebook.

"Jika anda risau ditupu di bengkel kereta kerana kurang ilmu tentang kereta dan penyelenggaran kereta. Dapatkan Panduan Penjagaan Kereta bagi mengelakkan kejadian ini berlaku".

Perkara Asas Untuk Jaga Kereta Anda, Kereta,
Perkara Asas Untuk Jaga Kereta Anda
Ada boleh baca dan kongsikan panduan perkara asas untuk jaga kereta ni juga di dalam facebook.

Berikut adalah 12 tips yang anda perlu / wajib tahu berkenaan penjagaan kereta bagi mengelakkan dari anda ditipu bengkel yang tidak bertanggungjawab.

Perkara Asas Untuk Jaga Kereta Anda

1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalu yg sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km.

2. Filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3. Spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal. Benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje.Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji.

4. Bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan. Kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa topup dan selalu kering. Enam bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain pulak ceritanya. Tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu jadi beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai BOSCH, CENTURY tetapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!

Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L begitu lah citernya!

5. Timing belt - 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik cina sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang Melayu!

6. Clutch plat - Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata bila 100,000km baru tukar clutch!

7. Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.

8. Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.

9. ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar. Jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak cina yang bikin servis. Caj hanya sekitar RM200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari RM100. Ikut saiz kereta anda!

10. Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12. Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15. Selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!


Tips panduan perkara asas untuk jaga kereta ni ada lagi. Nanti akan datang saya buat entri kedua.

Jika bermanfaat. Anda boleh kongsikan panduan perkara asas untuk jaga kereta ini dengan rakan-rakan anda di media sosial juga. Terima kasih.
Share

20 comments:

  1. Bacalah macam mana dan berilah panduan hal kereta kakak memang tak pandai.
    Cuma boleh memandu dan isi petrol aje kakak ni.
    Lain semua hantar workshop atau abang yg uruskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika dapat tahu sikit-sikit pun dah ok bab kereta ni kakak.

      Delete
  2. Ayoooo....tu semua tugas cik abe OP....mak malas nak pikir! Boleh ke gitu hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, tapi jika kita tahu sikit-sikit nak periksa pasai kereta ni ok juga akak. Tak ada nanti sampai keing air beteri tak tahu. Benda ni ada terjadi kat kawan saya.

      Delete
  3. Ayoooo....tu semua tugas cik abe OP....mak malas nak pikir! Boleh ke gitu hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika akak Hainom tahu sikit-sikit perkara asas cara nak jaga kereta pun bagus juga. Boleh guna pakai masa kecemasan.

      Delete
  4. Masa ni ingatlah.. lepas tu lupa balik.. hehehe.. tapi biasanya akan hantar pada mereka yang dipercayai.. yang dah biasa kita guna khidmatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tu pun ok. Tapi ada baiknya juga jika kita tahu asas-asanya. Boleh nak berjimat buat sendiri mana-aman yang senang nak buat. Tak perlu hantar bengkel.

      Delete
  5. Walaupun ia "perkara asas", namun masih ramai yang tidak mengambil kisah sangat... sedangkan kalau tahu banyak penjimatan boleh dikurangkan... terima kasih diatas maklumat berguana nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Hisham. Jika tahu asa-asas pun dah ok. Dapat berjimat dan tak ada kena tipu masa pergi hantar kedai. Nanti semuanya nak ditukar oleh orang bengkel tu akibat kita tak tahu apa-apa tentang kereta.

      Delete
  6. bab kereta ni PC memang zero...kalau cuci kereta boleh..rajin la juga..yang lain..alahai..terima kasih perkongsian ini ya..tetapi sememangnya kita wajar tahu dan ambil tahu serba sedikit la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tahu mana-mana yang mudah untuk kita buat sendiri. Penting untuk penjagaan kereta kita juga nanti.

      Delete
  7. Panjang tu panduan, bila betul masanya boleh datang balik baca kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh baca sambil tengok kereta sekali.

      Delete
  8. Assalammualaikum...

    terima kasih bebanyak atas tip2 yang bagus nie... tip asas untuk penjagaan kereta.

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Sama-sama. Boleh jaga kereta mselim juga.

      Delete
  9. Info yang bagus. Peringatan juga untuk penguna untuk mendapatkan minyak hitam, spark plug yang diyakini ketulenannya saja. Bukan apa, di Malaysia nie banyak sangat yang clone.

    Nak tambah sket, rajin-rajin la buat rotation tayar, allignment dan balancing bagi setiap 10,000km. Ini dapat memanjangkan jangka hayat tayar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kena rajinkan diri kita untuk jaga kereta. Jika tak takut nanti banyak yang rosak jika kita abaikan penjagaanya kereta ni. Baru pakai ok lagi. Bila dah lama, baru perasan itu ini tak terjaga. Bagus buat cek list mana-mana yang penting untuk di lihat bila hari minggu.

      Delete
  10. entry yg paling sy cari tqvm atas perkongsian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Nak boleh share dengan kawan-kawan juga info ini.

      Delete

Jaga Tata Susila Komen Anda
Jangan Letak LINK URL dalam komen!!
Gunakan Comment As 'Name/URL' untuk memudahkan kunjungan balas.Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2015 OhPanduan
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah