Panduan Buat Duit Dengan Jobdirumah

Friday 27 November 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Panduan Buat Duit Dengan Jobdirumah. Sebelum ini saya ada juga cerita tentang peluang buat duit dari rumah dengan portal online Jobdirumah. Boleh baca ceritanya dalam entri dibawah
1) Dapat Komisen Jobdirumah
2) Jobdirumah Boleh Buat Duit Rupanya

Ramai antara kita hari ni yang menjadikan peluang buat duit dengan jobdirumah ini sebagai salah satu sumber pendapatan sampingan mereka. Melalui portal jobdirumah ini anda akan dapat kebebasan bekerja mengikut jadual anda sendiri dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa mengikut keselesaan anda. Sebab itulah ramai yang mengambil peluang dengan menyertai portal kerja jobdirumah.

Syarat Mudah Nak Sertai Jobdirumah
1) Boleh menulis, membaca dan faham Bahasa Inggeris.- Kalau tak tahu boleh tengok google translate
2) Tahu mengunakan komputer dan internet dengan baik.
3) Mempunyai Komputer atau Laptop sendiri.- Jika tak ada boleh ke cybercafe
4) Boleh mengikut arahan yang diberikan.
5) Rajin dan bermotivasi tinggi.

Contoh Jawatan Kosong dalam Jobdirumah
Berikut adalah contoh jawatan yang terdapat di dalam portal jobdirumah. Saya sertakan contohnya bagi mudah dilihat. Sebenarnya banyak lagi kerja yang terdapat di dalam portal ini. Mengikut pihak jobdirumah setiap hari ada hampir 10 ribu kekosongan jawatan yang ditawarkan diseluruh dunia. Semuanya bergantung kepada anda sahaja sama ada ingin bekerja atau pun tidak.

Contoh Kekosongan Jawatan Jobdirumah
Contoh Kekosongan Jawatan Jobdirumah
Senarai jawatan diatas menunjukkan jawatan, bajet gaji untuk tugasan yang dapat diselesaikan. Banyak kerja yang mudah, ditawarkan dengan gaji yang mahal. Kena pandai cari, insyallah dapat yang mudah dan upahnya mahal.

Upah dan Bayaran Dalam US Dolar
Oleh kerana kerja-kerja yang terdapat dalam portal jobdirumah ini banyak dari negara luar Malaysia. Maka bayarannya juga banyak datang dalam bentuk USD. Tetapi bila dah lama atau anda pandai cari anda akan 'berjumpa' dengan kerja yang ditawarkan oleh majikan di Malaysia. Banyak juga saya dapat peluang ini. Jika dari Malaysia. Bayarannya dalam Ringgit Malaysia.

Panduan Buat Duit Dengan Jobdirumah
Portal Jobdirumah didaftarkan di dalam Persatuan Usahawan Internet Malaysia(PUIM). Jadi keboleh percayaannya amatlah tinggi.

Berikut adalah sedikit penerangan ringkas yang saya boleh ceritakan jika anda ingin menyertai peluang kerja online dari jobdirumah ini:-

1) Daftarkan diri anda di Portal Jobdirumah--->> Daftar Jobdirumah (klik sini)
2) Baca dan lihat sampai faham panduan bertulis dan video tutorial yang pihak jobdirumah bagi.
3) Setiap hari pihak jobdirumah akan hantar senarai kerja kosong ke email anda. Pilih kerja yang sesuai dan mohon kerja tersebut.
4) Dah dapat kerja. Buat kerja sebaiknya. Tunjukkan kebolehan anda buat kerja tersebut dengan sempurna.
5) Dah siap kerja. Hantar dan terima bayaran dari majikan anda
6) Mohon kerja baru sama seperti langkah 3 hingga 5 di atas.

Nasihat Saya Buat Yang Nak Sertai Jobdirumah
1) Bagi yang nak tambah duit dengan jobdirumah ini satu pelung keemasan anda. Apa yang penting anda kena RAJIN dan FOKUS buat kerja.
2) Bila dah dapat panduan bertulis yang pihak Jobdirumah bagi, baca sampai faham dan tengok video tutorial pun  sampai anda faham juga. Dalam tu semua dah diceritakan macam mana langkah demi langkah anda nak buat duit dengan jobdirumah.
3) Buat kerja yang mudah dahulu. Bagi anda faham dengan cara kerja portal jobdirumah. Bila dah mahir, boleh buat kerja yang susah dan bayarannya juga MAHAL.
4) Hadam dan ikut semua nasihat saya no 1- 3 di atas. Insyallah anda akan dapat hasil yang diinginkan.

Testimoni Pelanggan Jobdirumah
Berikut adalah testimoni mereka-merek yang dah berjaya buat duit dengan jobdirumah. banyak lagi testimoninya. Yang ni saya ambil sebagai bukti bahawa peluang buat duit dengan jobdirumah ini sememangnya berhasil. Jika anda nak tengok lagi testimoni lain. Boleh tengok di dalam Portal Jobdirumah ini.

Testimoni Ahli Jobdirumah 
Kenapa Perlu Sertai Jobdirumah?
Rasanya inilah persoalan besar yang bermain difikiran anda. Baiklah, saya ceritakan sedikit dari pengalamann saya dengan jobdirumah ini. Kebanyakkan perniagaan yang ada di internet adalah perniagaan yang memerlukan anda jual barang atau cari orang untuk tambah peserta baru macam MLM gitu.

Jika macam ni kita panggil Berniaga Di Rumah. Tetapi dalam portal jobdirumah ini anda akan didedahkan dengan peluang Bekerja dari rumah. Buat kerja dari rumah. Anda ada kerja yang nak dibuat dan mendapat gaji hasil dari kerja tersebut, tetapi ianya dibuat di rumah. Harap anda boleh faham konsep ini.

Bila anda buat kerja dalam jobdirumah. Mereka akan membantu anda carikan tawaran kerja, mohon kerja dan cara-cara anda nak selesaikan tugas tersebut sehingga beroleh hasilnya. Ini lah yang terdapat dalam jobdirumah. Bantu anda bekerja dan dapat duit hanya dengan berada di rumah.

Oklah, macam dah panjang pula cerita Panduan Buat Duit Dengan Jobdirumah ini. Bagi anda yang nak rasa seperti kawan-kawan yang dah berjaya buat duit dengan jobdirumah ni rasa. Saya galakakan anda sertai dan buat sendiri kerja-kerja dalam Portal Jobdirumah. Hasil yang dapat, boleh nak tambah-tambah perbelanjaan harian yang semakin meningkat pada hari ini.

Sememangnya, tujuan utama mereka-mereka yang sertai jobdirumah ini adalah untuk menambahlan pendapatan sampingan mereka. Dan jika anda juga bertujuan yang sama. Jom buat kerja dalam portal jobdirumah dan dapatkan bayaran-bayaran yang lumayan. Hasil dari kerja anda walaupun anda hanya bekerja dari rumah.

Berminat buat kerja dan dapat duit? Sertai Jobdirumah dan rasai hasilnya. Boleh daftar di sini-->> Daftar Jobdirumah

Selamat berusaha kawan-kawan.
Share

13 comments:

  1. Salam... mmg bagus tapi KA masih x berani mencuba takut x boleh beri comitment terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa akak. Nanti ada masa boleh cuba. Boleh tambah pendapatan yang ada.

      Delete
  2. Semoga maklumat pendapatan dari rumah ini boleh membuka mata ramai yang ingin ada pendapatan sampingan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Ramai yang buat jobdirumah dan berjaya dapat hasil darinya. Boleh cuba bunda.

      Delete
  3. Entah bilalah kakak nak mencuba.
    Nak tunggu pencen agaknya haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa. Nanti boleh bagi cadangan kat kawan-kawan kakak jika ada yang berminat nak buat kerja dari rumah.

      Delete
  4. insya allah akan melakukannya. tggu laptop dibaiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu akak. Boleh tambah pendapatan.

      Delete
  5. Hari tu dah daftar. Dapat dah pun password dia....lupa nak email awak OP...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga dimurahkan rezeki akak buat kerja dari rumah.

      Delete
  6. Mcm2 cara Allah nak turunkan rezeki ye.

    ReplyDelete
  7. Kome boleh cuba nie... Lagi pun sang menteri ada menyarankan buat kerja lebih...

    ReplyDelete

Jaga Tata Susila Komen Anda
Jangan Letak LINK URL dalam komen!!
Gunakan Comment As 'Name/URL' untuk memudahkan kunjungan balas.Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2015 OhPanduan
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah