Panduan Kenapa Perlu Makan Bawang Putih

Friday 21 August 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Panduan Kenapa Perlu Makan Bawang Putih. Hari ni saya nak kongsikan tentang bawang putih.
Dalam bahasa Inggerisnya bawang putih dikenali sebagai Garlic. Siapa sini boleh gigit makan mentah-mentah bawang putih tanpa dimasak sebanyak lima ulas angkat tangan! Jika boleh hebatlah. Sebabnya bawang putih ni kalau makan mentah memang boleh membuatkan rasa pedas panas macam tu. Jika nak kenduri, nak kupas bawang putih banyak-banyak. Caranya mudah sahaja nak bagi tangan tak panas. Kupas dengan merendamkan bawang putih dalam air bersih.

Panduan Kenapa Perlu Makan Bawang Putih
Panduan Kenapa Perlu Makan Bawang Putih
Berbalik kepada sebab kenapa kita perlu makan bawang putih. Sebenarnya bawang putih ni ada banyak khasiatnya yang kita tak berapa ambil tahu. Berikut adalah antara khasiat bawang putih:-

1. Mengurangkan risiko strok
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok. Nak elak strok kena makan bawang putih yea.

2. Mengurangkan risiko kanser
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya. Bawang putih ni macam antivirus dalam komputer anda jugalah.

 4. Antiinflamasi
Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.Yang ni kena tanya doktor apa maksud dia.

5. Mengandungi banyak iodin
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi
Yea, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor. Perlu dijaga juga, jangan sampai sel darah putih banyak dalam badan juga. Nanti sakit lain pula yang datang.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung. Ini kerana bila makan bawang putih rasa agak panas. Mungkin inilah yang membantu kolestrol dibakar dalam badan.

[+]Panduan Turunkan Berat Badan
[+]Formula Nak Kurus

Banyak kelebihan bawang putih ni. Jadi selalulah mengambil bawang putih dalam diet harian anda. Cara mudah nak dapatkan khasiat bawang putih ni dengan kita memasak di rumah. Kita dapat agak berapa banyak bawang putih yang dimakan setiap hari.

Semoga perkongsian panduan kenapa perlu makan bawang putih ini memberi manfaat kepada kita semua di dalam penjagaan diet harian kita.
Share

4 comments:

  1. Kakak hari-hari masak memang guna bawang putih.
    Perap daging pun biasa bawang putih dan halia kan..
    Apa pun masakan kita memang biasa berbawang putih
    Aroma dia pun sedap:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak. Bagus bawang putih untuk kesihatan.

      Delete
  2. Mmg macam2 khasiat bawang putih ni. Saya mkn bawang putih bakar untuk hilangkan batuk teruk dan sakit tekak. Tp x larat nak bakar selalu telan pil garlic je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih perkongsian ini. Boleh cuba juga nanti jika batuk.

      Delete

Jaga Tata Susila Komen Anda
Jangan Letak LINK URL dalam komen!!
Gunakan Comment As 'Name/URL' untuk memudahkan kunjungan balas.Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2015 OhPanduan
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah