Kekayaan Memerlukan Pengorbanan? Tidak Semestinya

Wednesday 12 August 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kekayaan memerlukan pengorbanan? tidak semestinya. Suka saya nak berkongsi satu penulisan yang boleh memberi panduan dan semangat untuk kita semua berjaya. Kadang-kadang kita terlepas pandang dengan merasakan kekayaan adalah segalanya. Semua itu tidak benar.

Kekayaan memerlukan pengorbanan? Tidak semestinya
Kekayaan memerlukan pengorbanan? Tidak semestinya
Kekayaan memerlukan pengorbanan? Tidak semestinya.Ada antara kita yang pernah merasai kejayaan, begitu juga ada antara kita pernah merasai kegagalan. Begitulah roda hidup, adakalanya di atas dan adakalanya dibawah. Pastinya bagi mereka yang pernah merasai kedua-dua perisa hidup ini juga tidak lari dari melihat tingkah laku mereka di sekeliling kita. Bila berjaya,ramai pula yang datang.

Bila gagal, semua pula menghilang. Bila anda kaya, pastinya ramai akan ingin menjadi sahabat anda, ramai juga akan mengaku saudara. Bila anda miskin, dan perlukan sesuatu, tiada siapa pula yang pedulikan anda. Sememangnya wang itu penting, tetapi bukan segala-galanya boleh dibeli dengan wang.

Memang dengan wang, kita boleh beli sebuah rumah yang besar, tetapi belum tentunya tempat tinggal keluarga yang bahagia. Memang betul kita boleh beli jam berjenama mahal, tetapi tidak tentu kita boleh membeli masa. Ya, kita boleh beli segala ubat-ubatan, namun belum pasti kita dapat membeli kesihatan. Membeli buku sememangnya mudah dengan wang, tetapi belum tentu mendapat ilmu.

Ramai yang beranggapan untuk menjadi kaya, kita perlu korbankan sesuatu. Dan pengorbanan itu pula adalah satu pengorbanan yang besar. Mungkin sering kali juga kita mendengar masalah ini di mana seorang usahawan yang terlalu sibuk sehingga mengabaikan tanggungjawab keluarga. Atau seorang yang kaya raya joli sana joli sini, sehingga mengabaikan agama. Ada juga golongan wanita yang terlalu sibuk dengan perniagaan sehingga terabai tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Sememangnya Islam menggalakkan umatnya mencapai kecemerlangan dalam apa sahaja bidang, termasuk kekayaan. Sahabat Rasullullah SAW juga antaranya adalah golongan yang kaya. Namun apa yang ditekan kan adalah “umattan wasatan” iaitu umat yang cemerlang dalam segala aspek dan mengimbangkan kecemerlangan itu.

Ertinya, kalau cemerlang berniaga, pastikan cemerlang juga bersama keluarga. Sekiranya cemerlang dalam perihal kewangan, jangan abaikan perihal kekeluargaan. Cemerlang di dunia, perlu cemerlang di akhirat.Satu mindset yang perlu dimiliki dalam kekayaan adalah, tidak semestinya kita perlu memilih antara satu dengan yang lain. Sekiranya kaya, perlu korbankan sesuatu. Sudah pastinya tidak.

Tidak apa juga untuk kita mahukan kesemuanya. Ada juga yang berperasaan seumpama tamak kerana inginkan kesemuanya, keluarga yang bahagia, serta harta yang kaya.  Tanggapan sebegini perlu dibuang jauh-jauh oleh kerana ia hanya akan sabotaj diri sendiri untuk mencapai kecemerlangan.

Kecemerlangan yang sebenar adalah apabila kita hebat dalam semua bidang yang dilakukan.

Oleh itu,pelbagai kebolehan perlu dipelajari bukan sahaja dalam skil menambahkan pendapatan, tetapi juga kebolehan menguruskan masa. Bukan sahaja skil berunding perihal perniagaan, tetapi juga skil membahagiakan keluarga.

Usaha Tangga Kejayaan
Usaha Tangga Kejayaan
+Tambah Pendapatan Anda+
[+] Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi
[+]  Jutawan Ebook
[+] Rahsia 50 Jutawan
Perlu ingat bahawa memilih satu antara yang lain akan menjadikan diri kita tidak lengkap dan tidak imbang. Sememangya wang bukan segala-galanya, tetapi pastinya wang adalah amat penting dalam hidup harian kita kini. Begitu juga dengan masa, keluarga, dan agama.
Oleh: Irfan Khairi
Share

4 comments:

  1. Kekayaan satu perkataan subjektif. Ada org kaya harta, ada yg kaya anak, ada yg kaya ilmu dan sebagainya. So bila nak dikaitkan dgn pengorbanan kita sendiri kena cuba kaitkan samada diri kita mahupun masyarakat keliling kita. Sendiri boleh buat penilaian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju tu kakak. Kaya ada banyak penilaiannya. jangan hanya kita nampak kaya pada harta dan wang ringgit sahaja. Kaya hati adalah segala-galanya. Berpada dengan apa yang ada.

      Delete
  2. Assalammualaikum...

    memang benar kekayaan itu bukanlah ada wang yang banyak ...

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, Betul tu Selim, kaya bukan pada wang sahaja.

      Delete

Jaga Tata Susila Komen Anda
Jangan Letak LINK URL dalam komen!!
Gunakan Comment As 'Name/URL' untuk memudahkan kunjungan balas.Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2015 OhPanduan
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah