Enam Minuman Penawar Racun Dalam Tubuh Kita

Thursday 20 August 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Enam Minuman Penawar racun Dalam Tubuh Kita. Anda pernah terminum racun? harap-harap tak ada yang tergatai nak minum racun nak cuba diri tu kuat ke kebal ker dan macam-macam lagi. Minum racun ni rasanya tak ada manusia normal yang buat.

Percayakah anda, kadang-kadang badan kita ada racun! Yea ada racun.
Racun ini mungkin masuk di dalam badan melalui makanan yang dimakan atau diminum tanpa kita sedar dalam jumlah yang kecil.

Enam Minuman Penawar Racun Dalam Tubuh Kita
Enam Minuman Penawar Racun Dalam Tubuh Kita
Jika lama-lama jumlahnya menjadi semakin banyak dan merbahaya kepada tubuh badan. Itulah sebabnya,manusia hari ini kena sakit macam-macam. Puncanya kita tersalah ambil bahan makanan yang dimakan setiap hari. Dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan pelbagai makanan berasakan perisi tiruan. Jika kita tak jaga benda-benda tersebut ianya akan meracuni tubuh badan.

Macam mana nak kawal semua tu yea? Yang ni masing-masing kena jaga dan beringat-ingat selalu. Buah-buahan dan sayur-sayuran kena basuh dengan sebaiknya. Kawal pemakanan yang mengandungi penggunaan bahan kimia yang tinggi, jangan makan selalu. Bagi yang merokok pula pandai-pandai yea. Semua kita tahu dalam rokok itu ada 1001 bahan yang tak bagus untuk tubuh badan. Ambillah langkah selamat dengan berhenti terus dari tabiat merokok yang merugikan lagi bahaya itu.

Oklah, saya nak kongsikan panduan minuman yang boleh menjadi penawar kepada tubuh badan daripada terus menyimpan racun didalam badan. Sama ada kita sedar ataupun tidak sedar, antara minuman tersebut adalah:-

Enam Minuman Penawar racun Dalam Tubuh Kita

1. Air Kosong
Ini adalah minuman paling mudah dan jimat untuk diperolehi. Dr Poonam Rathod, pakar kesihatan, berkata, pengambilan air kosong secara teratur mengikut keperluan tubuh mampu membersihkan sistem pencernaan, serta menghilangkan racun dan sisa-sisa makanan yang melekat di usus. Ini membuat tubuh dan perut bersih dari sisa makanan.

2. Air Kelapa Segar
Yang ni anda boleh dapat percuma jika anda tinggal di kampung-kampung berdekatan pantai. Air kelapa segar ini boleh mendetoksifikasi tubuh secara semulajadi. Selain membersihkan saluran pencernaan, minum air kelapa akan meningkatkan kekebalan tubuh dan bermanfaat menjaga tubuh tetap terhidrasi dengan baik.
Kelapa Muda
Kelapa Muda 

3. Jus Labu 
Labu adalah makanan berupa sayur yang amat digemari oleh Nabi Muhammad SAW. Jus labu adalah ubat semulajadi yang sangat baik bagi mereka yang mengalami masalah pencernaan dan keasidan. "Ini kerana sifat alkali-nya. Serat dalam sebotol jus labu juga menyembuhkan masalah pencernaan, "kata Dr Rathod. Sebab itulah Nabi SAW suka labu.

4. Teh Hijau 
Yang ni agak susah sikit nak dapat. Kosnya agak mahal berbanding dengan tiga minuman diatas.Teh hijau merupakan antioksidan semulajadi yang mengandungi polifenol, sehingga membantu meregulasi glukosa dalam darah. "Polyphenol menghalang pergerakan glukosa ke dalam sel-sel lemak, dan mencegah mereka memasuki aliran darah," jelas Dr Rathod.

5. Jus Oren
Saya suka jus oren, nak rasa jus segar anda boleh beli oren dan buat jusnya sendiri. Jus oren adalah sumber vitamin C, yang dikenali untuk meningkatkan imuniti. Oren kaya dengan flavonoid, antioksidan, yang melindungi sistem imun manusia dengan bertindak terhadap kuman dan bakteria yang menyebabkan penyakit.

6. Air Zam-Zam
Air zam-zam air yang terbaik di dunia. Berkat pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim AS. Allah SWT kurnikan air ini kepada umat manusia. Keberkesan air zam-zam memang tidak dapat dinafikan lagi dari segi perubatan. Sebaiknya simpanlah air zam-zam dirumah untuk kegunaan di saat kecemasan. Jika dapat minum setiap hari ini lagi terbaik.

Panduan Kesihatan
[+] Gaya Hidup Sihat Tanpa Ubat
[+] Teknik Kurus Diet Atkins

Semoga panduan enam minuman penawar racun dalam tubuh kita ini berguna kepada kita semua di dalam menjaga kesihatan diri dan keluarga.  Kongsikan juga panduan ini dengan rakan-rakan anda dengan share entri ini. Terima kasih.
Share

9 comments:

  1. Dari yg banyak tu kakak kakak baru tahu juz labu juga dlm kategori juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh cuba jus labu. Saya suka labu, sedap labu masak lemak.

      Delete
  2. Byk juga penawarnya ye...
    air klpalh biasa dgr..
    ada sapalh minum racun...minta jauh bnda2 mudaratni...mknan pun dh beracun dh skrg, cucuk sana, cucuk sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kita kena beringat-ingat dalam pengambilan makanan dah buah-buahan. Amalkan mencegah lebih baik dari mengubat. Insyallah boleh jaga apa yang perlu dari nak mengelak diri kita dari keracunan.

      Delete
  3. Assalammualaikum... ohpanduan,

    terima kasih tips2 nie... rupanyer banyak gak penawar untuk racun dalam tubuh kita nie kan.. cuma kita aje yg tak tahu...

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam tuan,
      Betul tu, banyak boleh cuba yang mana senang untuk di amalkan. Amalkan semua lagi bagus.

      Delete
  4. Bunda pun sama macam apa kata kak zakie tu....tapi ramai yang mengatakan labu tu angin...macam mna pulak pendapat tu yea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika masak dengan cara yang betul. Insyallah tak angin Bunda.

      Delete
  5. Nak minum berapa kali air kosong ah sekali saja kah

    ReplyDelete

Jaga Tata Susila Komen Anda
Jangan Letak LINK URL dalam komen!!
Gunakan Comment As 'Name/URL' untuk memudahkan kunjungan balas.Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2015 OhPanduan
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah