Panduan Kesihatan - Keburukan Penggunaan Ketuhar Microwave

Friday, 7 February 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pasti kebanyakan kita pernah nampak atau pun menggunakan  ketuhar microwave. Saya pun pernah mengunakannya juga. Bukan apa, ketuhar microwave ini memudahkan kerja kita untuk memasak makanan di rumah. Namun di sebalik kemudahannya yang mempercepatkan proses memasak kita, ketuhar microwave ini sebenarnya mempunyi keburukan jika kita menggunakannya. Berikut adalah keburukan penggunaan ketuhar microwave :-

  • Makan berterusan dalam jangkamasa panjang makanan yang dipanaskan menggunakan Microwave boleh membuatkan sel otak menjadi rosak. Tisu otak akan terkena kejutan elektrik yang menjadikannya de-polarisasi.
  • Tubuh badan manusia tidak mampu menghadamkan bahan sampingan yang terbentuk hasil daripada proses pemanasan makanan oleh ketuhar microwave tersebut.
Keburukan Penggunaan Ketuhar Microwave, Ketuhar Microwave
Keburukan Penggunaan Ketuhar Microwave... Bahaya,,bahaya..

  • Pembentukan hormon reproduksi lelaki dan wanita akan terhenti dengan amalan memakan makanan yang dipanaskan menggunakan ketuhar microwave dalam jangkamasa yang panjang.
  • Bahan sampingan yang terbentuk akibat pemanasan makanan akan kekal mendap di dalam badan kerana tidak dihadamkan.
  • Kesemua bahan vitamin, mineral atau zat yang terdapat pada makanan akan hilang atau diubah menjadikannya tidak berguna kepada tubuh badan kerana tidak dapat dipecahkan untuk dihadam.
  • Bahan mineral yang terdapat pada sayuran berubah menjadi bahan radikal bebas yang boleh mencetuskan kanser.
  • Makanan ketuhar microwave boleh mencetuskan masalah kanser usus serta perut atau menyebabkan ketumbuhan pada organ tersebut.
  • Sel kanser meningkat di dalam darah dengan menggunakan makanan dari ketuhar microwave.
  • Sistem ketahanan badan juga menjadi lemah melalui kelenjar linfa dan perubahan pada darah.
  • Makan makanan ketuhar microwave boleh menyebabkan daya ingatan menjadi lemah, hilang daya penumpuan, dan penurunan tahap kebijaksanaan.
Semoga ianya boleh membantu kita di dalam menjaga mutu kesihatan kita agar lebih selamat dan sihat. Berwaspadalah kita jika masih menggunakan ketuhar microwave. Baik kita memasak cara biasa daripada menggunakan ketuhar microwave. Kearah mencapai kehidupan yang lebih sihat.

Sumber
Share

18 comments:

  1. Alhamdulillah...kakpb takde pun microwave kat rumah, kalau ada pun tak reti nak guna kot. Rasa mcm pelik je....haha....biarlah takde yg penting ada oven dah cukup.
    Tq share benda2 mcm ni, bagus utk surirumah mcm kakpb ni.

    ReplyDelete
  2. bahaya ni akan, biasa2nya makanan yg dah sejuk, di panaskan balik, sumber makanan tu pu n dah agak lama, maybe nak basi,.. 2 kali bahaya nih

    ReplyDelete
  3. kekadang guna juga microwave ni sebab nak cepat biasanyer kalo makan dalam peti aiss lebihan semalam ker hapa kan terus jek panaskan..mudah katernyer....

    makanan yang dipanaskan dalam microwave jugak boleh mengurangkan kandungan nutrisi penting pada makanan kitakan...

    tq sharekan info ni yer..

    ReplyDelete
  4. Kat rumah mmg xde.. kat office kdg2 guna juga sebab terpaksa.. infor manrik ni tq yer

    ReplyDelete
  5. ayoooo... seram lak baca, nsb kt umah takde microwave dik oi...

    ReplyDelete
  6. rumah aku memang tak de benda alah nie hehehe

    ReplyDelete
  7. assalam,

    bunda takder pun microwave...tak pernah guna pun...ingat nak beli gak satu...dah baca info ni tak jadi lah nak beli...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, ada microwave, ingat nak check kesannya kerana adik saya terus buang micro wave mak saya.

    ReplyDelete
  9. Ada je kt umah ni... Riso plak bila baca.. Org kata baik cegah dari mengubati
    Ye dak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Boleh guna benda lain sebagai penggantikan.

      Delete
  10. tapi berguna gak benda nih..

    ReplyDelete
  11. oh baru tahu juga..dan adminnya macam kenal je

    apapun kat rumah saya kurang guna benda ni..

    ReplyDelete
  12. nasib baik rumah puteri tak ada microwave.. :)

    ReplyDelete
  13. Tq share akk jrg guna..x brapa minat..nie ada pun sbb org kasi hadiah..

    ReplyDelete
  14. adeh... agak menakutkan... tak nak dah den guna microwave lagi lepas ni...

    ReplyDelete
  15. kat brumah takde microwave.. fuh.. sib baik..

    teman terkejut nengok ranking alexa blog ni.. biar betul.. 8? fuhh.. cayalahhh..

    ReplyDelete
  16. salam kenal dari Ros. singgah sini dan follow. terima kasih untuk entry ni. baru tahu bab microwave tu. perlu dielakkan lah...

    ReplyDelete

Jaga Tata Susila Komen Anda
Jangan Letak LINK URL dalam komen!!
Gunakan Comment As 'Name/URL' untuk memudahkan kunjungan balas.Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2015 OhPanduan
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah