Panduan Elak Bayi Muntah atau Jeluak

Thursday 13 February 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Panduan Elak bayi Muntah atau Jeluak. Bayi mengalami muntah susu, gejala dan bagaimana menghadapinya

Jenis-jenis muntah yang dialami oleh bayi ialah:
-Possetting (jeluak/muntah) - Ia berlaku apabila bayi anda terjeluak susu selepas menyusu. Ini adalah keadaan biasa di peringkat beberapa bulan pertama umur bayi dan tidak membahaya.
-Reflux (muntah meleleh) - Terjadi apabila jumlah susu yang diminum dikeluarkan semula dengan banyak oleh perut secara perlahan-lahan. Ini disebabkan oleh injap yang memisahkan perut dengan kerongkong terbuka secara tidak sengaja dan biasa berlaku.
-Projectile vomiting (muntah memancut) - Berlaku apabila isi kandungan perut bayi keluar secara spontan melalui mulut. Jumlah yang dikeluarkan selalunya banyak.

Apa itu muntah susu?
Istilah perubatan pada masalah ini ialah gastroesophageal reflux. Ia tidak sama dengan muntah biasa. Muntah susu adalah masalah yang sangat kerap terjadi dikalangan bayi iaitu 40% pada bayi berusia kurang dari 1 tahun. Malah, ia bukan luar biasa untuk bayi yang baru dilahirkan mengalami muntah atau muak selepas penyusuan selain batuk dan masalah pernafasan. Masalah reflux akan semakin berkura­ngan apabila umur bayi semakin meningkat.

Panduan Elak Bayi Muntah atau Jeluak, bayi jeluak susu, bayi muntah,
Panduan Elak Bayi Muntah atau Jeluak

Apa yang menyebabkan muntah?
Ia terjadi kerana susu didalam perut termasuk balik kedalam salur esophagus ( saluran yang menyambungkan perut dan mulut). Bagi bayi yang lebih berusia, terdapat otot pada pangkal esofagus ini yang menghalang makanan dari perut masuk balik ke esofagus yang berfungsi seperti penutup satu hala atau 'valve'. Walaubagaimanapun, valve ini tidak betul-betul berfungsi sehinggalah bayi berusia 1 tahun ke atas. Itulah sebabnya ia lebih lebih kerap terjadi dikalangan bayi berusia kurang dari 1 tahun.
Gejala dan simtom
~Keluar secara 'effortless'
~Muntah terjadi sebaik minum susu
~Muntah selepas sendawa
~Susu keluar lebih banyak terutama setelah terlebih minum

Panduan untuk kurangkan muntah susu
~Sendawakan bayi dengan lebih kerap, semasa dan selepas menyusu
~Kurangkan tekanan pada perut- jangan berbekung atau memakai lampin yang ketat.
~Elakkan pergerakkan seperti membuai yang keterlaluan semasa dan selepas menyusu
~Elakkan menimang bayi atau mendudukannya ke kerusi bayi selepas menyusu.
~Hindar dari minum susu terlalu banyak dalam satu masa
~Baringkan bayi dalam kedudukan mengiring sebelah kanan semasa tidur
~Tinggikan kepala bayi 30 darjah semasa tidur
~Tegakkan badan bayi sebaik selepas menyusu.
~Periksa samada terdapat “dribbling” pada mulut bayi semasa tidur. Lap sekiranya ada susu untuk mengurangkan iritasi.
~Pastikan bayi tidak mengalami dihydrasi (kekurangan cecair badan) dengan memeriksa tanda-tanda dehidrasi seperti:
Lampin- sekiranya lampin kerap kering bayi mungkin mengalami dehidrasi
Periksa mulut: Lidah yang terlalu kering menunjukkan bayi dehidrasi
Kulit: sekiranya nampak kering dan berkedut, mungkin bayi mengalami dehydrasi.

Bila perlu jumpa doktor?
Kebanyakkannya akan hilang dengan sendiri selepas 12 bulan dan bayi membesar secara normal. Walaubagaimanapun, ada segelintir dari bayi yang muntah terlalu banyak sehinggalah ia tidak membesar sebagaimana yang sepatutnya. Sekiranya muntahnya keterlaluan setiap kali menyusu, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.

Sponsor Ads
[+] Panduan Didik Anak Pintar Dari Kecil Klik Sini
[+] Kerja Sambilan Dari Rumah - Klik Sini

Panduan untuk menyusukan bayi
~Menyusu dengan kadar sedikit. Hadkan setiap susuan kurang dari 20 min sekiranya menyusu botol.
~Sekiranya menyusu badan, susukan pada sebelah buah dada sahaja dan perah yang satu lagi.
~Jarakkan susuan sekurang-kurang 2 jam kerana perut mengambil masa 2 jam untuk kosong semula.
~Pakaikan lampin dengan lebih longgar
~Susukan bayi dalam keadaan tegak sedikit

Share

32 comments:

  1. Panduan yg sangat baik.
    Kes baby chocked dah sering terjadi sekarang hingga boleh bawa maut. Kakak memang sedih bila membaca hal ini.

    Bagus bagi tips begini buat panduan bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kakzakie. Semoga ibu bapa mengambil berat menjaga bayi dari masalah muntah dan jeluak ini.

      Delete
  2. tq share tips & infor yng bagus macam ni !

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian. sekarang baby dah 9 bulan, kadang-kadang ada juga jeluak tapi sikit-sikit, tak macam dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Masa kecil agak selalu jadi jeluak ni kat baby. Dah besar insyaallah makin ok.

      Delete
  4. baik nih,,, harap ibu dan bapak2 ambil perhatian.. terutama famili yg bari kahwin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ada anak kecil kena jaga benda ni Admin.

      Delete
  5. wah.. bagus entri ni.. leh jadi panduan.. tq yea! sorry lambat kunjungbalas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panduan untuk ibu bapa yang ada anak kecil. Nak elak dari jeluak akak.

      Delete
  6. tq 4 sharing.. info yg sngat berguna buat ibu bapa, terutama yg baru punya baby..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Yea tu mama saly. Panduan ni bagus untuk mereka yang ada baby baru. Sebab banyak juga kes yang boleh membawa bahaya kepada bayi jika tidak dijaga dengan baik.

      Delete
  7. Assalamualaikum, nice sharing! in shaa Allah, sheila akan gunakan panduan yang kamu berikan ni. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Cuba guna Sheila yea.

      Delete
  8. bagus ada panduan macam ni..sebab sejak kebelakangan ni banyak pula kes bayi tersedak susu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu PK. Kena jaga untuk kebaikan bersama.

      Delete
  9. terima kasih sebab berkongsi ilmu ni :)

    ReplyDelete
  10. mg perkongsian ini dpt di manafaatkan pada ibu ibu dan bapa bapa semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkongsian untuk bakal ibu bapa tentang susu ibu untuk anak.

      Delete
  11. panduan yang sangat sangat penting. sebab utama ialah.. ni lah masalah bayi kalau lepas minum susu. terutama susu formula. kalau susu badan tak de gini pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sabab susu jenis lain. Susu ibu memang sesuai. Susu formula dari sumber lain. Sebab tu perut bayi tak berapa sesuai dengan susu formal. Kena cari yang sesuai untuk anak-anak kecil jika nak vagi juga susu formula.

      Delete
  12. tq share tips ni. memang perlu dijadikan panduan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persedian bagi yang bakal dapat baby baru.

      Delete
  13. panduan yg bagus sbg rujukan...:)

    ReplyDelete
  14. Perkongsian yang baik... Nanti bila ada anak kecil, boleh lah di praktikkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah bila ada nak nanti boleh di praktikkan.

      Delete
  15. tenkiu info yg sgt berguna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Semoga panduan ini dapat mengelakan anak-anak kita dari muntah lagi.

      Delete

Jaga Tata Susila Komen Anda
Jangan Letak LINK URL dalam komen!!
Gunakan Comment As 'Name/URL' untuk memudahkan kunjungan balas.Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2015 OhPanduan
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah