Diskaun Tol Sempena tahun Baru Cina 2014

Thursday, 30 January 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Setiap kali tiba musim perayaan di Malaysia pastinya ramai antara kita yang akan pulang ke kampung. Biasanya jalan utama dan lebuh raya akan menjadi tumpuan utama warga kota untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Manakala syarikat-syarikat tol di negara kita akan memberikan potongan kadar tol sempena musim perayaan ini. Alhamdulillah pada kali ini bagi meringankan beban balik kampung. Syarikat tol memberi kadar tol yang istimewa kepada pengguna lebuh raya. Berikut adalah tawaran yang diberikan sempena perayaan CNY 2014 bagi tahun ini.

Sebanyak 23 syarikat konsesi lebuhraya menawarkan rebat dan diskaun tol bersempena perayaan Tahun Baru Cina 2014.  Sebanyak 18 syarikat terbabit memberi diskaun tol pada kadar lima hingga 37.5 peratus. Manakala, lima lebuhraya di bawah kendalian Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus.

Diskaun Tol Sempena tahun Baru Cina 2014
Diskaun Tol Sempena tahun Baru Cina 2014
18 Lebuhraya Beri Diskaun Dari 5 hingga 37.5 Peratus

Rebat dan diskaun tol tersebut diberikan bagi kenderaan kelas 1 bagi tempoh 30 Januari hingga 2 Februari 2014.


  • SMART
  • AKLEH
  • GUTHRIE
  • LKSA
  • DUKE
  • SKVE
  • KLK
  • LPT1
  • NPE
  • MEX
  • NNKSB
  • Besraya
  • SDE
  • LDP
  • SPRINT
  • LEKAS
  •  BORR

5 Lebuhraya Diskaun Tol 20 Peratus

Rebat hanya layak kepada pengguna yang membuat bayaran tol secara elektronik pada 29 Januari dan 4 Februari 2014.


  • Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
  • PDH
  • ELITE
  • KLBK
  • LINKEDUA

Sumber:

Share

6 comments:

  1. ala dh trlpas diskaun ni..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa. Nanti perayaan lain akan ada lagi insyallah.

      Delete
  2. mmg x boleh nk kemana2lah jammed & sesak giler tu !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kena rancang perjalanan dan ikut panduan yang diberikan insyallah selamat perjalanan.

      Delete
  3. sangkut smlm dr mersing ke seremban ke kl... puhh.. penat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang kena. Macam dah jadi satu kemestian pula jem di musim perayaan.

      Delete

Jaga Tata Susila Komen Anda
Jangan Letak LINK URL dalam komen!!
Gunakan Comment As 'Name/URL' untuk memudahkan kunjungan balas.Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2015 OhPanduan
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah