Apakah 10 Rutin Pagi Yang Dilakukan Oleh Seorang Jutawan Akhirat?

Friday 22 April 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Apakah 10 Rutin Pagi Yang Dilakukan Oleh Seorang Jutawan Akhirat.  Saya nak kongsikan 10 Rutin Pagi Yang Dilakukan Oleh Seorang Jutawan Akhirat yang saya ambil dari facebook Dr Azizan Osman. Bagi yang nak dan bercita-cita nak jadi jutawan. Boleh belajar dan jadikan sedikit sebanyak tips ini sebagai panduan anda!

10 Rutin Pagi Yang Dilakukan Oleh Seorang Jutawan Akhirat
10 Rutin Pagi Yang Dilakukan Oleh Seorang Jutawan Akhirat
Berikut adalah perkongsian beliau:-

Jika kita ingin lihat samada kita bakal menjadi seseorang yang berjaya dalam jangkamasa panjang, cuba perhatikan adakah kita mempunyai rutin pagi yang bagus, sihat dan produktif.

Salah satu perkara yang mengesahkan rutin pagi saya merupakan rutin kebanyakan mereka yang berjaya terutamanya adalah jutawan ialah ketika saya bertemu Robin Sharma, penulis buku laku keras "The Monk Who Sold The Ferrari" serta billionaire pemilik Virgin Airlines, Sir Richard Branson di satu forum di Toronto baru-baru ini.

Di dalam forum tersebut yang saya hadir bersama 140 orang yang berjaya di dalam pelbagai industri mereka dari 45 buah negara dalam dunia di kalangan kami merupakan multi-millionaire, billlionare dan philantrophist serta business leader.

Di antara perkara yang kami bincangkan atau kenalpasti adalah tentang apakah yang dilakukan oleh mereka yang berjaya setiap hari? Apakah perkara utama yang mempengaruhi kehidupan kami serta menjadi kunci penting untuk kejayaan kami dalam tempoh jangkamasa panjang.

Dan di sini saya kongsikan salah satu perkara utama yang menjadi asas utama kejayaan mereka yang berjaya adalah rutin atau ritual mereka setiap pagi dan suka saya berkongsi dari segi perspektif rutin seorang jutawan akhirat (Dan mudah-mudahan dunia akhirat) :-

10 Rutin Pagi Yang Dilakukan Oleh Seorang Jutawan Akhirat

1) Bangun awal pagi seawal 4 pagi dan paling lambat 5 pagi (Sebab itu penting untuk tidur awal 9 malam selewat-lewatnya 10 malam)

2) Mandi kerana ia menyihatkan tubuh (Ini juga sunnah Nabi SAW)

3) Solat taubat, tahajud, hajat dan istikharah (Ini rutin setiap awal pagi)/ Solat tasbih 4 rakaat (Perlu bangun awal lakukan ini, sekurang-kurangnya 4 pagi)/ Solat Witir (Dan ini perlu selesai 10-15 minit sebelum azan suboh)

4) Baca beberapa surah atau juz' Al-Quran atau amalan wirid-wirid yang baik sementara menunggu suboh

5) Berjemaah di masjid atau berjemaah bersama keluarga

6) Pastikan solat fajar 2 rakaat sebelum qamat untuk solat fardu suboh, ia adalah 2 rakaat solat sunat yang lebih berat timbangan amalannya dari dunia dan isinya (hadis)

7) Selepas solat membaca Al-Quran atau wirid-wirid tertentu sementara menunggu matahari naik untuk solat sunat Isyra' bila matahari naik

8) Minum pagi/ sarapan

9) Exercise untuk 30-60 minit (Mendengar bahan audio yang bagus ketika exercise)

10) Solat dhuha (Selepas exercise dan mandi)

[+ Baca JugaKata-kata Berharga Syed Mokhtar Al-Bukhary ]

Sekiranya anda belum mampu lakukan semua di atas, anda boleh lakukan mana yang anda mampu sebagai permulaan. Rutin jutawan bukan muslim tidak banyak beza kecuali bab amalan kita sebagai orang Islam. Biasanya mereka akan lakukan meditasi seperti yoga atau taichi seawal 5 pagi dan exercise, membaca bahan bacaan ilmiah dan menulis perancangan hari mereka.

Saya mencadangkan anda menulis perancangan hari anda pada waktu malam sebelum anda berehat.

Ini hanya guideline untuk anda dan saya telah memulakannya sejak tahun 2001 lagi cuma di perkemaskan over the years dan di sesuaikan dengan tugas harian seperti ketika travel atau mesyuarat awal pagi.

Hidup kita yang best bermula dari awal pagi, ambil sarapan yang sihat dan makanan seperti raja di pagi hari.

Ingat :-

1) Jika anda mahu membina hidup yang berkualiti, anda boleh mulakan sebahagian dari rutin di atas atau mengikut kesesuaian anda. Jika tidak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua. Dan cuba lakukannya dengan baik terutamanya ketika hari cuti.

2) Jika anda bekerja, adjust rutin ini.

3) Kejayaan bermula dari rutin, habit atau disiplin over the years dan kejayaan tidak datang secara insiden.

[+] Jutawan Akhirat Kena Jaga Solat - Klik Sini
[+] Panduan Jaga Badan - Klik Sini

Semoga perkongsian Apakah 10 Rutin Pagi Yang Dilakukan Oleh Seorang Jutawan Akhirat ini memberi manfaat kepada kita semua. Kongsikan rutin yang baik ini dengan rakan-rakan anda juga. Terima kasih.
Share

14 comments:

  1. Sah kakak tak boleh jadi jutawan lagi
    Kakak tak buat yg no. 5 dan 9 secara istiqomah.
    Buat bila cuti aje yg no. 5 & 9. Yg lain-lain alhamdulillah dah biasa maklumlah kakak ni dah tualah dik:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahmdulillah banyak yang dah akak buat. Tahniah dan syabas. Insyallah nanti boleh buat yang dua tu pula.

      Delete
  2. wow..amazing! mmg patutla ganjaran yg akn dapat tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin berusaha insyallah boleh dapat. Rutin yang baik boleh bantu motivasikan diri kita nak jadi lebih baik.

      Delete
  3. no.1 tu pun dah susah nak buat...huwaaaaaaa...
    selalu bnagun betul2 waktu dah azan subuh...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah nanti tidur awal sikit. Kunci jam bolah bangun awal.

      Delete
  4. Replies
    1. Terima kasih. Boleh amalkan mana yang mampu TB.

      Delete
  5. panduan yg bermanfaat..tq for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Bolah amalkan juga Ruzidah.

      Delete
  6. panduan yg bermanfaat..tq for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Semoga ada kebaikan buat kita semua.

      Delete
  7. Kena pastikan anak-anak dapat tidur awal juga. Info bermanfaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tidur awwal penting juga bagi anak-anak yang sedang membesar.

      Delete

Jaga Tata Susila Komen Anda
Jangan Letak LINK URL dalam komen!!
Gunakan Comment As 'Name/URL' untuk memudahkan kunjungan balas.Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2015 OhPanduan
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah