Pesan Ibu Tentang Ayah

Saturday 8 August 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pesan Ibu Tentang Ayah. Perkongsian yang saya dapat dari kawan-kawan. Tentang jasa baik kedua ibu bapa yang menjaga kita. Sememagnya ibu bapa banyak berjasa kepada kita semua. Jasa mereka tidak mampu dibalas.

Kepada yang masih mempunyai kedua ibu bapa, mahupun yang masih ada salah seorang daripada mereka atau yang telah kehilangan kedua ibu bapa berkhidmatlah kepada kedua ibu bapa. Jagalah mereka, kasihanilah mereka. Janganlah meninggikan suara kepada mereka, berbuat baliklah kepada mereka.
Pesan Ibu Tentang Ayah
Pesan Ibu Tentang Ayah
Perkongsia ini tentang pesanan ibu kepada anak tentang ayah. Baca dan hayatinya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua yang bergelar anak-anak.


PESAN IBU TENTANG AYAH :
Anakku.
Memang ayah tak mengandungmu.
Tapi,
Darahnya mengalir didarahmu.
Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.

Memang ayah tak melahirkanmu.
Tapi,
Suaranyalah yang pertama mengantarkanmu pada Allah SWT ketika kau lahir kedunia.

Memang ayah tak menyusuimu.
Tapi,
Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.

Ayah memang tak menjagaimu setiap saat.
Tapi,
Tahukah kau dalam doanya tak pernah terlupa namamu disebutnya.

Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar.
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.

Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu.
Kerana,
Cintaannya dia takut dan tak sanggup melepaskanmu.

Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semuanya sendiri.

Ibu hanya ingin kau tahu.
Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.

Anakku dari dirinya juga terdapat syurga bagimu.
Maka,
Hormati dan sayangi ayahmu.
Kerana,
Ibu adalah tulang rusuk-nya.

Jauh dilubuk hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah SAT, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka kelak.

Mungkin ada dikalangan kita telah kehilangan ibu dan ayah.
Jadi, berbahagialah pada yang masih punya ibu & ayah.


Jagalah mereka selagi kita masih hidup. Jasa mereka tidak mampu dibalas dengan wang dan harta. Sebagai anak-anak kita kena berbakti kepada kedua ibu bapa. Doakan kesejahteraan mereka selalu. Semoga perkongsian Pesan Ibu Tentang Ayah ini bermanfaat kepada kita semua.

Salam ingatan buat ayah dan ibu. Wallahualam.
Share

4 comments:

  1. Kasih ibu membawa kesyurga.....kasih ayah berkorban nyawa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jasa kedua-dua mereka tidak ternilai dengan apa sahaja. Hanya doa mampu dipanjatkan buat mereka sekarang ni.

      Delete
  2. adehhh tetiba sebak mengenangkan arwah ayah dan ibu... huaa huaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doakan mereka akak. Doa anak diterima untuk kedua ibu bapanya.

      Delete

Jaga Tata Susila Komen Anda
Jangan Letak LINK URL dalam komen!!
Gunakan Comment As 'Name/URL' untuk memudahkan kunjungan balas.Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2015 OhPanduan
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah