Dua Puluh Sen punya pasal.

Thursday, 26 September 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Dua Puluh Sen, teringat lagi dengan watak kanak-kanak dalam cerita lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramli. Watak kanak-kanak ni adalah pemanis dalam cerita ini. Kanak-kanak ini akan minta upah 20 sen apabila ada permintaan kerja daripada sesiapa sahaja. Tak kira kakaknya atau mak ciknya hatta ibunya sendiri pun watak kanak-kanak dalam lakonan cerita ni akan minta 20sen.
20 Sen,
20 Sen
Nilai 20 sen ini kira membawa pengaruh yang besar juga kan. Tambah-tambah dengan kenaikan harga minyak sebanyak 20sen beberapa minggu yang lalu. Sejak harga minyak naik 20sen ini, saya perasan harga barang keperluan pun dan mula naik. Beberapa hari yang lepas saya pergi beli sarapan roti canai kedai mamak. sebelum ini seingat saya roti canai kedia mamak tu 80 sen sebiji. Tetapi lepas harga minyak naik,mamak tu pun dengan suka hati naikkan juga harga roti canai dia 20sen juga. Hujan tidak ribut tidak sekarang ni roti canai kat kedai tu berharga rm 1 ringgit sebiji. Semuanya gara-gara minyak naik 20 sen. Betul kata watak cerita kanak-kanak tu cakap 20sen.


Cinta 20 sen
Sekarang ini perbelanjaan kita semakin naik kan. Masing-masing dah mula menaikan harga barang dan perkhidmatan. Tambang bas anak-anak ke sekolah juga naik,paking kereta juga naik gara-gara 20sen minyak naik. Jadi nak tak nak, mahu tidak mahu kita sebagai orang kebanyakkan ini akan rasa tempisnya.Apa pun yang berlaku kita kena berjimat cermat dan mengawal perbelanjaan harian dan bulanan kita. Saya berasa amat TERPEGUN dan TERUJA kerana ada pasangan yang MELAGSUNGKAN PERKAHWINAN mereka hanya dengan mengumpul duit 20 sen sahaja. Bukan mereka tak mampu,cuma nak menunjukan kesugguhan mereka bahawa dengan wang sebanyak 20 sen yang dikumpulakan, Mereka mampu melagsungkan perkahwinan, pasangan tersebut ialah Razali & Izyan. Hebat betul cinta mereka, bagi saya inilah  Cinta 20sen bagi tahun 2013  sempena kenaikan harga minyak RM 0.20. Semoga Razali dan Izyan bahagia selamanya. Sekian, semoga terhibur.. :-)


Share

11 comments:

  1. ala.... 20 sen jer... kira sedekah jer la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak juga 20sen jika isi minyak hari-hari

      Delete
  2. dari 20 sen jadi rm20.. sikit2 lama2 jadi bukit..

    ReplyDelete
  3. 20 sen 'org besar-besar' bagailan guli mainan anak-anak kita, tak pun bagai tulang ikan yg kita buang takut tercekik di celah tekak. Tapi buat kakak 20 sen itulah kakak dapat mengisi perut, bukan perut kakak aje tau, perut kereta, perut anak-anak, perut ahli keluarga.

    Pedih hati bila sebut isu 20 sen ini...

    ReplyDelete
  4. 20 sen jer...tapi byk impak

    ReplyDelete
  5. dgr cerita nak naik lagi minyak... mmg naik angin lah !

    ReplyDelete
  6. dulu asal nmpk 20sen masuk tabung..bertahun juga nak dpt seribu..

    ReplyDelete
  7. hemm.. sakit hati dengan kenaikan minyak yang amat terasa sangat2 buat golongan yg berpendapatn rendah macam kita ni kan

    ReplyDelete
  8. 20sen mcm dah xda apa2 dah.. padahal xda 20sen xdapat beli ais pop. hehe

    ReplyDelete
  9. Nak masuk tandas pun dah 30 sen, memang 20 sen byk mempengaruhi perbelnjaan harian ;)

    ReplyDelete
  10. nilai yang sedikit ini memberi pengaruh besar kepada yang lain...

    ReplyDelete

Jaga Tata Susila Komen Anda
Jangan Letak LINK URL dalam komen!!
Gunakan Comment As 'Name/URL' untuk memudahkan kunjungan balas.Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2015 OhPanduan
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah